**********

Motorola Moto X4 sebenarnya turut menjanjikan ciri-ciri menarik dan juga prestasi yang tidak mengecewakan, antaranya sokongan pemproses yang efisien tenaga, kalis air serta debu, antaramuka asas Android, kamera dwi lensa dengan keupayaan penggambaran sudut luas, dilengkapi teknologi pengecasan pantas dan banyak lagi.

Jadi untuk mengetahuinya dengan lebih terperinci, ikuti reviu yang kami sediakan ini…

 

:: FUNGSI MENARIK ::

Walaupun Moto X4 menyokong paparan antaramuka mirip Android yang asas, ia sebenarnya turut menyokong beberapa fungsi yang diperkenalkan eksklusif untuk peranti Motorola. Berikut adalah antaramuka dan juga fungsi menarik yang disokong oleh Moto X4:

Antaramuka Asas
(Dari kiri) • Lockscreen  • Homescreen  • App Drawer  • Notification Area  • Settings
 
Moto Key

Anda berupaya untuk menggunakan Moto X4 sebagai pengesahan untuk mengakses ke komputer yang telah dikuncikan dan dioperasikan dengan platform Windows. Ini bermakna anda hanya perlu menggunakan fungsi pengimbas cap jari pada Moto X4 bagi menggantikan kemasukan kata laluan untuk mendaftar masuk ke akaun sama ada aplikasi mahupun laman sesawang.

 

Moto Actions

Fungsi ini membolehkan anda untuk mengakses fungsi tertentu dengan hanya menggunakan isyarat gerakan. Sebagai contoh, anda hanya perlu menggoncang peranti sebanyak dua kali (seperti gerakan memotong) untuk mengaktifkan fungsi lampu suluh. Malah anda juga boleh meleretkan jari ke kiri pada sensor pengimbas cap jari sebagai alternatif butang ‘back’.

 

Moto Display

Berbeza dengan fungsi Always-On Display pada peranti Samsung, Moto X turut menyokong fungsi yang sama tetapi paparan hanya akan diaktifkan apabila anda membuat gerakan seperti melambai pada paparan skrin bagi memaparkan notifikasi serta masa. Penggunaan gerakan isyarat sebegini diambil bertujuan untuk mengelakkan penggunaan bateri memandangkan ia menggunakan paparan jenis LTPS dan bukannya AMOLED.

 

Moto Voice

Fungsi ini akan memberi respons kepada arahan tertentu dengan memaparkan kad interaktif atau aplikasi melalui arahan ringkas iaitu ‘show me’. Sungguhpun begitu, Moto X4 menyokong arahan yang agak terhad seperti keupayaan untuk memaparkan jadual, cuaca, dan juga beberapa aplikasi Google.

 

Wireless Sound System

Apabila anda mengaktifkan fungsi ini, Moto X4 berupaya disambungkan ke empat peranti Bluetooth secara serentak. Apa yang lebih istimewa, anda boleh menyambungkan kesemua peranti tersebut secara berasingan ataupun menyambungkan kesemuanya sebagai satu konfigurasi stereo.

 

:: KEUPAYAAN PENGGAMBARAN ::

Sebagaimana kebanyakan peranti yang diperkenalkan pada penghujung tahun 2017 ini, Moto X4 juga turut mempertaruhkan sokongan dwi lensa untuk kamera utamanya.

Lebih menariknya, kamera swafotonya juga memiliki kelebihan berbanding kebanyakan peranti flagship yang lain kerana ia dilengkapi dengan lampu LED Flash untuk membantu penggambaran di dalam persekitaran yang gelap.

Kamera Swafoto
Pencahayaan baik

 

Manakala untuk sistem kamera dwi lensa utamanya pula menyokong satu lensa biasa dan satu lensa dengan sudut penggambaran yang luas, mirip seperti yang digunakan pada peranti LG.

Kamera Dwi Lensa
Lensa biasa
Lensa sudut luas

 

Mod Kamera
• Face Filters • Spot Color • Professional Mode
Depth Enabled

 

Smart Camera
Object Recognition
Landmark Recognition

 

:: HASIL GAMBAR ::

 

 

:: ZON UJIAN ::

Zon 1 : Prestasi Benchmark

Zon 2 : Kepantasan Mengecas

Zon 3 : Kalis Air

Motorola Moto X4 kini menyokong fungsi kalis air dengan pengiktirafan IP68 yang jarang ditawarkan pada peranti dari kelas pertengahan.

 

:: KESIMPULAN ::

PRO
  • Rekaan panel kaca yang bukan sahaja kelihatan cantik, tetapi ia juga menyerlahkan ciri-ciri premium.
  • Sokongan dwi lensa dengan sistem konfigurasi kamera sudut luas dan juga kamera swafoto dengan sokongan LED Flash sememangnya sangat praktikal.
  • Sensor pengimbas cap jari turut boleh digunakan untuk menggantikan butang kawalan jenis on-screen dengan menggunakan isyarat gerakan kawalan yang mudah seperti leretan dan juga sentuhan.
  • Lubang earpiece yang juga merupakan sebuah speaker ini sememangnya menawarkan kedudukan yang terbaik untuk aktiviti multimedia.
KONTRA
  • Saiz bezel pada bahagian atas dan bawah skrin kelihatan terlalu besar dan Moto X4 sedikit ketinggalan trend kerana tidak menyokong paparan dengan nisbah 18:9.
  • Rekaan dan kemasan dwi kamera utama mungkin disukai oleh sesetengah individu dan mungkin tidak pada individu tertentu. Malah lensanya juga agak timbul dari permukaan.
  • Kamera utamanya tidak dilengkapi dengan teknologi penstabilan imej optikal atau OIS.
  • Tidak lagi menyokong fungsi MotoMod untuk sambungan aksesori eksklusif yang ditawarkan pada siri Moto Z sebelum ini.

 

Baca juga:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here