- Iklan -

Harga Rasmi : RM 1,899

Jelas dapat dilihat bahawa tahun 2017 ini telah menyaksikan kembali aktifnya jenama Motorola dalam pasaran tempatan. Ini terbukti apabila Motorola telah memperkenalkan pelbagai peranti mampu miliknya yang terdiri daripada pelbagai siri berbeza, seperti model Moto C, Moto M, Moto E4, dan juga yang terbaru adalah Moto G5S Plus.

Kini bagi mengakhiri tahun 2017 yang hanya tinggal beberapa sahaja lagi, Motorola nampaknya telah membuat satu kejutan apabila memperkenalkan semula siri X yang pernah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lalu dengan kemunculan model terbarunya iaitu Moto X⁴ untuk pasaran tempatan.

 

:: SPESIFIKASI ::

PLATFORM
  • Android 7.1.1 Nougat
  • Moto Experiences
KAD SIM
  • Dual SIM Hibrid
  • nanoSIM & nanoSIM / nanoSIM & microSD
PEMPROSES
  • Qualcomm Snaprdagon 630
  • Octa-Core (4x 2.2GHz Cortex-A53 + 4x 1.8GHz Cortex-A53)
  • Adreno 508 @ 650 MHz
  • 14 nm LPP / 64 bit
DIMENSI
  • 148.35 x 73.4 x 7.99mm / 163g
PAPARAN
  • 5.2 inci LTPS IPS LCD
  • 1080 x 1920 piksel (~424ppi)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass
MEMORI
  • 64GB ROM / 4GB RAM (LPDDR4)
  • microSD sehingga 2TB
KAMERA UTAMA
  • 16 Megapiksel + 8 Megapiksel
  • Aperture f/2.0 + Aperture f/2.2
  • 1.4 um + 1.12 um
  • Dual Auto focus Pixel Sensor + Ultra-Wide Angle Sensor
  • Dual Real Tone LED Flash
KAMERA DEPAN
  • 16 Megapiksel
  • Aperture f/2.0
  • 1.0 um
  • Selfie LED Flash
RAKAMAN VIDEO
  • 4K (30 fps)
BATERI
  • 3000mAh
  • Motorola TurboPower
KESELAMATAN BIOMETRIK
  • Pengimbas cap jari
PORT
  • USB Type-C
  • 3.5mm audio jack
KETAHANAN
  • IP68

 

:: FIZIKAL ::

Lensa Depan

Salah satu keistimewaan yang dibawakan oleh Moto X⁴ adalah sokongan lensa depan beresolusi 16 Megapiksel dengan sokongan mod penyesuaian cahaya rendah. Bahkan lubang earpiece pada peranti ini juga sebenarnya merupakan sebuah speaker berkualiti mono. Kedudukan speaker sebegini sememangnya menjanjikan pengalaman audio yang terbaik.

 

Pengimbas Cap Jari
Agak mengecewakan kerana sensor ini hanya dihadkan penggunaannya untuk mengunci dan menyahkunci peranti sahaja.

Sebagaimana kebanyakan peranti Motorola yang lain, kedudukan sensor pengimbas cap jari ditempatkan pada panel depan iaitu di bahagian bawah paparan skrin. Namun begitu, bahagian bezel bawah ini tidak dioptimakan ruangnya kerana ia tampil dengan butang jenis on-screen. Bersebelahan butang itu boleh ditemui sebuah lubang mikrofon.

 

Dwi Kamera
Sedikit mengecewakan kerana kamera pada Moto X⁴ kelihatan sangat timbul dari permukaan panel belakangnya.

Berbeza dengan kebanyakan peranti dengan sokongan dwi lensa yang lain, Moto X⁴ menampilkan rekaan bingkai kamera yang unik dan menonjol sekali. Sentuhan rekaan pada kamera bukan sahaja kelihatan terperinci, tetapi ia juga menyerlahkan lagi penampilan bahagian belakang Moto X⁴ ini.

 

Panel Kaca
Jelas dapat dilihat pantulan cahaya pada Moto X⁴ tampil dengan efek jalur biasan yang unik.

Antara ciri yang paling menarik perhatian pada Moto X⁴ adalah panel belakang kacanya yang kelihatan moden dan premium. Ia tampil dengan rekaan yang ringkas kerana hanya menempatkan kamera dwi lensa dan juga logo Motorola. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa efek pantulan cahaya pada panel ini kelihatan sangat cantik sekali.

 

Port USB Type-C

Bahagian bawah kerangka peranti ini boleh ditemui dua port iaitu USB Type-C dan juga 3.5mm audio jack. Manakala di antara kedua-dua port itu telah tersedia dengan dua jalur antena yang dibuat secara simetri kedudukannya.

 

Butang Kawalan

Di sebelah sisi kanan Moto X⁴ dapat dilihat butang kawalan yang turut diperbuat daripada logam, Butang melaras suara kini telah dipisahkan dan memiliki saiz yang sama seperti butang kuasa. Namun begitu, anda boleh membezakan butang kuasa ini dengan mudah kerana ia memiliki tekstur berjalur pada permukaannya.

 

Slot Kad Hibrid

Kedudukan slot kad hibrid terletak pada bahagian atas kerangka dan boleh diakses dengan menggunakan pin slot yang disediakan dalam pakej pembelian. Slot kad jenis hibrid ini memerlukan anda membuat pilihan sama ada ingin menggunakan dua kad nanoSIM ataupun satu kad nanoSIM beserta satu kad microSD.

 

:: PAKEJ PEMBELIAN ::

Jika kebanyakan pengeluar mengambil pendekatan dengan menggunakan kotak pembungkusan yang ringkas rekaannya, Moto X⁴ hadir dalam kotak yang lebih berwarna-warni dan ceria.

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Motorola Moto X⁴
  3. Adapter pengecas (5V3A / 9V1.6A / 12V1.2A)
  4. Kabel USB Type-C
  5. Earphone
  6. Earbud
  7. Pin slot kad
  8. Buku manual

 

Jika anda terpikat dengan prestasi peranti ini, tentu juga akan berasa teruja dengan rekaan premiumnya yang masih menawarkan harga kelas pertengahan untuk peminatnya, bukan?!

 

Baca juga:

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here