**********

Huawei Mate 10 telah diperkenalkan kepada pengguna Malaysia seawal 28 Oktober yang lalu, manakala versi Pro pula memasuki pasaran tempatan sebulan selepas itu. Pada mulanya siri Mate telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang dinamakan sebagai Huawei Ascend Mate, sehingga kini model terbaru Mate 10 adalah model yang ketujuh dikeluarkan oleh syarikat dari China ini.

Huawei Mate 10 membawakan beberapa ciri yang diperbaharui, malah perkakasan dalaman juga telah dinaik taraf termasuklah penggunaan cip pemproses tercanggih HiSilicon Kirin 970. Apa yang membuatkan Kirin 970 berbeza dengan cip dari jenama lain ialah, cip ini dibina berasaskan 10nm bersama fungsi kecerdasan minda (AI). Ia adalah cip Kirin yang pertama di dunia yang menggunakan Unit Pemproses Neural (NPU).

Menerusi CPU lapan-teras dan GPU 12-teras , peranti ini mampu menyalurkan prestasi yang tertinggi di samping menggunakan tenaga yang rendah. Integrasi NPU yang direka dapat mengoptimumkan mod pada peranti secara lebih efisyen dan boleh dikatakan ia sebuah telefon pintar jimat bateri.

 

REKAAN

Bahagian depan

Jika anda yang lebih gemarkan telefon menggunakan pengimbas cap jari di depan, Mate 10 adalah pilihan terbaik tetapi jika anda inginkan pengimbas cap jari di belakang, Mate 10 Pro adalah pilihan yang tepat.

Bahagian panel belakang dengan gelas berwarna Black dan Mocha Brown

Peranti di kedua-dua siri Mate terbaru ini menggunakan binaan berasaskan kaca. Secara kasarnya, perubahan ketara telah dilakukan selepas model terdahulu yang menggunakan bodi logam.

Bahagian bawah menempatkan speaker dan USB-C, sementara bahagian atas menempatkan bicu audio tetapi hanya disediakan pada model Mate 10 sahaja.

Rekaan keseluruhan di setiap sudut tidak lagi bersegi sekaligus memberikan keselesaan apabila pengguna memegangnya. Rekaan yang ergonomik pada model Pro semestinya lebih muat untuk digenggam dan mudah digunakan pada sebelah tangan.

Bahagian sisi kanan tersedia butang hidup dan butang laras suara, manakala sisi kiri terdapat slot SIM (kecuali Mate 10 Pro).

 

PAPARAN

Perbandingan skrin Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro

Huawei Mate 10 didatangkan dengan skrin bersaiz 5.9 inci 2K (1440 x 2560p), manakala Huawei Mate 10 Pro hadir dengan skrin bersaiz 6 inci FHD+ (1080 x 2160p). Kedua-duanya dilindungi Corning Gorilla Glass serta mematuhi standard HDR10. Dari segi paparan, dua model ini dibezakan dengan skrin berteknologi IPS LCD, sementara OLED pada versi Pro.

Antaramuka EMUI 8.0 mengoptimumkan keseluruhan skrin 18:9

Secara bersebelahan, skrin pada Huawei Mate 10 Pro lebih terang dan ia boleh dilihat dengan jelas di bawah sinaran matahari berbanding Huawei Mate 10 yang sedikit malap.

Kombinasi Android 8.0 Oreo dan EMUI 8.0 membawakan panel control pintas apabila pengguna menatal skrin dari bawah

Orentasi paparan pula lebih memanjang pada versi Pro kerana Huawei meletakkan paparan bernisbah 18:9 sementara versi biasa menggunakan nisbah 16:9 yang sedikit lebar.

Ciri split-screen memudahkan anda anda mengakses dua aplikasi secara serentak

Untuk video dan hiburan, kedua-dua peranti memberikan kepuasan tontonan yang baik bagaimanapun kontras warna lebih tajam dan tepat pada Mate 10 Pro disebabkan penggunaan panel OLED.

 

KUASA DALAMAN

Huawei Mate 10 Pro dan Mate 10 dikuasakan oleh Kirin 970 serta diperhebatkan dengan memori RAM 6GB dan 128GB storan, sebaliknya 4GB RAM dan 64GB storan telah diguna pakai pada model asas.

Bermain game bergrafik tinggi hampir tiada isu panas atau tersekat-sekat

Ini antara perbezaan ketara di antara dua model Mate 10, bagaimanpun masing-masing masih menawarkan kepantasan yang hampir sama dalam melakukan tugasan mudah alih seharian.

Senarai ujian benchmark

 

BATERI

Huawei telah meletakkan kapasiti bateri yang sama besar pada siri Mate 10 tahun ini. Ia dibekalkan dengan 4,000mAh, dapat memberikan kuasa sepanjang hari kepada pengguna walaupun si pemakai seorang yang ‘anti-sosial’. Selain daripada itu, peranti ini telah diiktiraf sebagai peranti paling selamat untuk dicas oleh badan dari Jerman melalui pensijilan TUV Certified.

Huawei Mate 10 antara peranti induk yang menawarkan bateri yang besar. Dengan teknologi Huawei SuperCharge, mengecas penuh peranti ini mengambil masa hanya 1 jam 30 minit sahaja. Secara tidak langsung ia antara peranti induk yang menawarkan bateri berkapasiti besar.

10 minit pertama pengecasan, bateri mula naik kepada 19%.
30 minit berikutnya, bateri naik kepada 67% dan seterusnya penuh 100% dalam masa 1 jam 30 minit.

 

 

HUAWEI TRANSLATOR

Aplikasi Huawei translator yang menawarkan alihan bahasa dan suara

Huawei Translator merupakan aplikasi pra-pasang yang tersedia pada peranti ini, ia berfungsi mengikut masa sebenar yang membolehkan pengguna menterjemah bahasa asing kepada bahasa yang diinginkan. Menariknya, jika anda tidak memahami sesuatu teks, anda hanya perlu mengambil gambar teks tersebut dan translator akan menterjemahkan dengan begitu pantas sekali.

Teks dapat dialihkan bahasa sebaik anda menekan butang rakam

Di samping itu, jika anda sedang melancong ke luar negara dan tidak memahami pertuturan mereka, aplikasi ini sedia membantu. Pengguna juga boleh memuat turun beberapa bahasa dan boleh digunakan semasa ketiadaan internet.

 

DUAL SIM 4G

Fungsi Dual SIM ini memudahkan anda yang mempunyai dua rangkaian telco yang berbeza

Pada Huawei Mate 10 Pro, pengguna boleh menggunakan dwi SIM untuk mendapat rangkaian 4G secara serentak. Kelajuan Internet yang menyokong kedua-dua SIM ini boleh mencapai sehingga 1.2Gbps – iaitu pertama seumpamanya diguna pakai pada telefon pintar.

 

EASY PROJECTION

Fungsi ini pula membolehkan pengguna melakukan sambungan pada desktop atau monitor hanya melalui kabel USB Type-C yang disediakan. Pengguna boleh melakukan tugasan seperti menaip di Words, Power Point, melayari Internet atau sebagainya dengan lebih teratur dan kemas.

Sambungan ini memerlukan adapter dari kabel USB-C kepada HDMI (adapter tidak disediakan di dalam kotak pembungkusan.

Selain itu, sambungan kepada projektor pula memudahkan pengguna membuat perbentangan atau perbincangan. Fungsi ini juga boleh menyekat sebarang panggilan dan teks mesej dipaparkan semasa perbentangan dilakukan. Jadi dengan kehadiran fungsi ini, seorang eksekutif kini tidak memerlukan komputer riba untuk dibawa bersama.

 

INTEGRASI AI PADA KAMERA

Kamera pada Huawei Mate 10 dan Mate 10 Pro adalah yang pertama dalam barisan produk Huawei menggunakan integrasi kecerdasan pintar (AI). Fungsi ini bertujuan memantapkan lagi prestasi kamera di samping pemprosesan imej (ISP) yang sedia ada. AI ini ditugaskan untuk melaras keterangan, kontras, warna dan exposure pada setiap gambar sama seperti pengguna yang menggunakan mod profesional.

Hasil Gambar Huawei P10

Hasil Gambar Huawei Mate 10 Pro
Gambar ini mungkin boleh menjelaskan bagaimana AI melaras gambar. Anda boleh lihat perkataan ‘Welcome’ ditangkap dengan jelas tanpa kabur.

 

Ini kerana Huawei menyedari pengguna telefon pintar lebih selesa menggunakan mod biasa berbanding mod profesional – telefon pintar adalah peranti mudah alih jadi ia sepatutnya digunakan dengan lebih pantas dan cepat.

Baca juga: Terujanya Bila Bawa Huawei Mate 10 Pro Ke Thailand

 

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan kedua-dua peranti ini dijurangkan dengan spesifikasi dalaman, kepada anda yang inginkan prestasi yang terbaik, kami cadangkan versi Pro. Namun begitu, jika anda seorang yang mengutamakan kamera sahaja, versi biasa sudah memadai. Perlu diingatkan Huawei selaku pengeluar kedua terbesar dunia menawarkan harga antara yang mesra poket berbanding flagship dari jenama terkemuka lain.

Manakah pilihan anda?

 

 

Baca juga:

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here