Papan Kekunci Grammarly – Taip Dengan Penuh Keyakinan

661

Penyalahgunaan tatabahasa sering berlaku, sama ada bertutur dengan orang lain atau menulis dalam sosial media. Masalah ini agak menjengkelkan walaupun semua orang mempunyai latar belakang bahasa ibunda dan pendidikan yang berbeza, tetapi sekiranya boleh belajar menggunakan bahasa dengan betul, apa salahnya?

Jadi, kehadiran Keyboard Grammarly, satu aplikasi yang sangat memudahkan anda semasa menaip tanpa sebarang kesilapan tatabahasa telah diperkenalkan. Dengan adanya aplikasi ini, anda tidak perlu risau jika mesej yang dihantar ada kesilapan dalam perkataan atau frasa.

Ini kerana aplikasi Keyboard Grammarly akan memberi cadangan kepada anda semasa menaip dengan struktur ayat atau perkataan yang lebih betul, tambahan lagi anda berpeluang mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mudah sepanjang pemesejan dengan orang lain.

 

Ciri-ciri Keyboard Grammarly:

  • Pemeriksaan tatabahasa yang sofistikated
  • Pemeriksaan ejaan
  • Pembetulan tanda baca
  • Peningkatan kosakata

 

Berminat? Muat turun sekarang!

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here