Instagram Perkenalkan Dua Ciri Baru – Stories Archive & Stories Highlights

487
Stories Archive

Instagram Stories merupakan salah satu aplikasi perkongsian popular yang membolehkan pengguna berkongsi gambar dan video, tetapi automatik akan hilang selepas 24 jam. Hari ini, Instagram telah membuat perubahan dan memperkenalkan satu ciri baru yang membolehkan anda menyimpan Instagram Stories tersebut.

Dengan Stories Archive, anda boleh menyimpan Instagram Stories pada profil yang mampu bertahan lebih dari 24 jam. Namun begitu, ia hanya boleh diakses oleh anda sahaja.

Stories Highlights

Satu lagi ciri baru yang diperkenalkan adalah Stories Highlights, yang akan dipaparkan pada profil anda. Pengguna boleh bahagikan Instagram Stories mengikut kategori bagi memudahkan pengguna lain untuk mengaksesnya. Ia dipaparkan dalam bentuk ikon bulat dibawah gambar profil anda, mengikut kategori yang dibuat.

Menurut Instagram, melalui Stories Highlights ini ia lebih memudahkan anda menyerlahkan identiti dan keperibadian anda melalui perkhidmatan sosial berkenaan. Ciri-ciri ini telah mula diperkenalkan kepada semua pengguna Instagram di seluruh dunia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here