Instagram Kini Menawarkan “Recommended For You” Dalam Suapan Berita Anda

402
**********

Instagram telah mengemas kini aplikasi mereka dengan menambah satu lagi ciri baru. Kini, suapan berita di dalam akaun anda akan memaparkan kongsian yang dipanggil Recommended For You. Kongsian yang disyorkan kepada anda dipilih oleh Instagram berdasarkan like yang diberi oleh kenalan yang anda ikuti walaupun anda tidak mengikuti perkongsian itu.

Dua minggu yang lepas, Instagram mengumumkan bahawa penggunanya boleh mengikuti tanda pagar yang disukai. Ciri ini membolehkan anda mengikuti perkara yang diminati tanpa perlu mengikuti individu tersebut. Berbalik kepada Recommended For You, rata-rata pengguna tidak setuju dengan kemas kini yang ditawarkan. Ini kerana, mereka merasakan kongsian tersebut tidak perlu berada di dalam suapan berita sedangkan mereka tidak mengikuti individu tersebut kerana bersebab.

Komen-komen negatif yang dilemparkan

Kemas kini Instagram yang baru ini masih belum diperluaskan lagi, tetapi pada masa akan datang ia mungkin boleh digunakan oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Sumber

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here