Huawei P11 – Pertaruhkan Tiga Kamera Leica Beresolusi 40 Megapiksel?

673
**********

Rasa seperti baru sahaja trend dwi-kamera diperkenalkan, dan terbaru Huawei nampaknya ingin menjadi pengeluar pertama yang memperkenalkan telefon pintar dengan mempertaruhkan tiga kamera utama.

Berdasarkan sumber daripada Evan Bless, P-Series keluaran Huawei bakal diteruskan dengan model terbarunya, Huawei P11 seawal tahun 2018. Melalui perkongsian yang dibuat, Huawei dijangka menjadi telefon pintar pertama yang menyokong lima kamera, iaitu tiga di bahagian belakang dan dua di bahagian hadapan.

Lebih menarik, Huawei bakal menggunakan lensa dengan resolusi 40 Megapiksel untuk kamera utama supaya dapat menghasilkan imej yang berkualiti dan terbaik buat pengguna.

Bagi kamera swafoto pula, Huawei P11 bakal menyokong lensa 24 Megapiksel dengan beberapa mod menarik. Jelas dapat dilihat daripada ura-ura ini, Huawei ingin menjadi pengeluar terbaik dalam menghasilkan telefon pintar berkamera, hasil kerjasama bersama Leica.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here