Huawei nova 2s – Rekaan Skrin Hampir Penuh, Empat Kamera & Pengimbas Wajah

487
**********
Ditawarkan dengan lima pilihan warna

Huawei nampaknya semakin giat memperkenalkan telefon pintar baru miliknya. Penghujung 2017, Huawei telah melancarkan model terbarunya, nova 2s. Telefon pintar kelas pertengahan dengan ciri-ciri premium ini menampilkan paparan skrin HD IPS LCD bersaiz 6.0 inci beresolusi 2160 x 1080 piksel, 2.5 darjah gelas lengkung.

Kerangka logam dengan ketebalan hanya 7.5mm, turut dibekalkan dengan kuasa bateri sebesar 3340mAh yang menggunakan USB Type-C serta sokong pengecasan pantas. Peranti yang dioperasikan oleh Android 8.0 Oreo bersama antaramuka EMUI 8.0 serta pemproses Kirin 960, turut menawarkan dua pilihan kapasiti RAM iaitu 4GB dan 6GB serta storan 64GB dengan sokongan memori tambahan microSD.

Dwi kamera swafoto 20 Megapiksel + 2 Megapiksel

Apa yang ingin diketengahkan oleh telefon pintar ini adalah ialah ciri dwi pada kedua-dua lensanya. Kamera utama menyokong 20 Megapiksel dan sensor 16 Megapiksel dengan aperture F/1.8, sementara kamera swafoto pula 20 Megapiksel dan sensor 2 Megapiksel bersama aperture F/2.0.

Android 8.0 Oreo + MIUI 8.0

Selain teknologi pengimbas cap jari untuk keselamatan peranti, nova 2s turut menyokong pengimbas wajah yang juga menjadi trend hari ini. 

Buat masa sekarang, nova 2s hanya ditawarkan untuk pasaran China dengan harga CNY2,699 (kira-kira RM1,680) untuk RAM 4GB dan CNY2,999 (kira-kira RM1,867) untuk RAM 6GB.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here