Digi Postpaid 58 – Pelan Terbaru Digi Menggantikan Digi Postpaid 50

20484
- Iklan -

Semalam, Maxis telah menawarkan data 10GB percuma kepada pelanggan yang menggunakan pelan MaxisONE. Hari ini, Digi pula menawarkan pelan pascabayar baru, Digi Postpaid 58 yang menggantikan pelan Digi Postpaid 50. Komitmen bulan juga berubah, dari RM50 ke RM58 sebulan.

Tidak banyak perubahan yang dapat dilihat pada pelan baru ini, cuma panggilan suara sahaja. Digi Postpaid 58 menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian berbanding hanya 100 minit sahaja yang diberikan pada pelan sebelum ini.

Masih mengekalkan data Internet 10GB yang dibahagi 5GB untuk kegunaan harian dan 5GB pada hujung minggu. Di samping itu, Digi juga menawarkan Internet Rollover 1GB yang akan diberikan pada setiap bulan.

Anda juga boleh dapatkan data 5GB dan 60 minit panggilan ke 10 buah negara dengan Digi Roaming Freedom, hanya RM30 sebulan.

- Advertisement -

2 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here