ASUS ZenFone 3 Max (ZC553KL) Terima Kemas Kini ZenUI 4.0

410
**********

 

Tidak dinafikan lagi bahawa ASUS ZenFone 3 Max (ZC553KL) boleh dianggap antara model yang terbaik dari ASUS kerana ia telah menerima sokongan selepas jualan yang berterusan. Ini jelas dilihat melalui penerimaan kemas kini Android 7.1.1 Nougat yang diterima oleh model itu pada bulan Mei yang lalu.

Hari ini, ASUS sekali lagi telah mengumumkan ketersediaan fail kemas kini bertarikh 20 Disember 2017 sebesar 300MB untuk ASUS ZenFone 3 Max dengan sokongan paparan skrin sebesar 5.5 inci itu. Versi kemas kini V14.0200.1712.347 ini merupakan pelengkap untuk kemas kini sebelum ini kerana ia menampilkan sokongan antaramuka terbaru dari ASUS iaitu ZenUI 4.0. Apa yang menariknya tentang antaramuka terbaru ini, ia tidak lagi didatangkan dengan aplikasi pra-pasang yang tidak diperlukan atau bloatware yang sebelum ini mendapat kritikan pengguna.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here