Aplikasi Wikipedia Sokong Mod Gelap Untuk Paparan OLED Pada iPhone X

566
- Iklan -

Mungkin ada di antara anda yang tidak tahu bahawa paparan jenis OLED ini sebenarnya lebih sesuai untuk digunakan dengan paparan yang gelap. Ini kerana ia akan membantu anda untuk mendapatkan ketahanan bateri yang lebih lama jika dibandingkan dengan paparan yang cerah. Jadi sekiranya anda sememangnya dikenali sebagai ‘ensiklopedia’ bergerak di kalangan kawan-kawan dan sedang menggunakan iPhone X, kini aplikasi Wikipedia telah menampilkan ciri terbaru iaitu sokongan mod gelap.

Kemas kini terbaru versi 5.7.3 ini bukan sahaja menyokong mod gelap untuk penjimatan bateri pada iPhone X, tetapi ia juga mampu memuatkan artikel jauh lebih pantas dengan penggunaan data yang lebih jimat kerana imej akan hanya dimuat turun apabila diperlukan. Apa yang pasti, paparan mod gelap ini sememangnya lebih praktikal untuk digunakan terutamanya di dalam persekitaran yang gelap.

Muat turun: Wikipedia

Sumber: 9to5Mac

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here