Xpax Perkenalkan Pelan Perayauan Pada Harga Serendah RM1

974

Celcom hari ini melancarkan satu pelan terbaru yang dikenali sebagai Xpax 1-Day Basic Internet Pass. Pelan ini merupakan pelan perayauan yang memudahkan pengguna menghantar mesej sekiranya berada di luar negara.

Pas akses internet ini membolehkan pengguna yang melanggan menghantar teks mesej seperti WhatsApp, Wechat, Facebook Messenger dan aplikasi media sosial lain pada hanya serendah RM1 sahaja. Celcom memilih 9 negara buat masa ini antaranya Vietnam, Myanmar, Thailand, Kemboja, Laos, Filipina, Brunei, Indonesia, dan Singapura.

  • 1-Day Social Roam Pass pada RM10 sehari – 1GB Akses Media Sosial (WhatsApp, Twitter & WeChat + 50MB kuota Internet berkelajuan tinggi) di 10 buah negara seperti India, Japan, Taiwan dan banyak lagi.
  • 1-Day Internet Pass hanya RM38 sehari – sehingga 500MB kuota data dari lebih 160 buah negara.

Dengan adanya pelan sebegini, pengguna tidak perlu lagi risau untuk terus berhubung dengan kenalan dan orang yang tersayang. Untuk makluman, kelajuan internet Xpax 1-Day Basic hanya terhad kepada 64byte sesaat (internet asas).

Anda boleh melanggan dengan mendail *118# atau layari laman sesawang Xpax untuk maklumat lanjut.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here