Razer Phone – 5.7” 120Hz Ultramotion, 8GB RAM, 4,000mAh

534
**********

Khabar angin yang tersebar beberapa bulan lalu akhirnya menjadi kenyataan apabila Razer sebuah syarikat yang terkenal dengan penghasilan peralatan gaming hari ini melancarkan sebuah telefon pintar pertamanya yang diberi nama Razer Phone.

Kerangka badan peranti ini dibina berasaskan aluminium dan ia dipadankan bersama skrin bersaiz 5.7 inci QHD dengan paparan kadar segar semula 120Hz Ultramotion. Di samping itu, sistem audio turut dimuatkan dengan dwi speaker berteknologi Dolby Atmos malah disahkan oleh THX – telefon pintar pertama di dunia seumpanya menawarkan amp di setiap satu speaker.

Razer Phone yang dicipta khusus untuk gaming dikuasakan oleh cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835 dan RAM setinggi 8GB lantas prestasinya tidak perlu diragukan lagi. Dioperasikan dengan Android 7.1.1 Nougat, peranti ini menyediakan antaramuka Nova Launcher Prime Razer Edition bersama-sama.

(Kiri) varian standard, (kanan) varian edisi istimewa

Peranti yang berbadan kotak ini menempatkan sensor kamera 8 Megapiksel f/2.0 di depan sementara, di bahagian belakang menampilkan gabungan dwi kamera 12 Megapiksel f/1.75 dan 13 Megapiksel f/2.6 dengan 2x lensa zum. Manakala, posisi pengimbas cap jari bukan di depan ataupun di belakang tetapi terletak di butang power di sebelah kanan peranti.

Selain itu, ruangan storan 64GB yang tersedia juga boleh diperluaskan melalui kad microSD serta ia disaratkan dengan bateri sebesar 4,000mAh. Proses pengecasan juga lebih pantas dengan adanya Quick Charge 4.0+. Apa yang menarik, mengisi bateri daripada 0 hingga 85% , hanya mengambil masa satu jam sahaja.

Bagi anda yang ingin mendengar muzik secara sendirian, harap maklum Razer Phone tidak menyediakan bicu audio 3.5mm dan ia tidak menyokong fungsi kalis air. Telefon pintar canggih ini akan dijual di AS dan Kanada bermula pertengahan November depan dengan tanda harga $699 (lebih kurang RM2,956) seunit.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here