Rasmi! OPPO F5 Dilancarkan Dengan Skrin 18:9, Kamera Selfie 20MP AI

2039
**********

OPPO Malaysia secara rasminya melancarkan OPPO F5 ke pasaran Malaysia dengan memperkenalkan buat pertama kalinya telefon pintar dengan skrin hampir penuh.

Peranti ini dilengkapi dengan cip pemproses MediaTek Helio P23 Octa-core juga dimuatkan dengan RAM sebesar 4GB dan ruangan storan 32GB. Kerangka badan yang dibina berasaskan logam ini direka dengan rekaan yang ergonomik menggunakan paparan LCD bersaiz 6 inci FHD+ beresolusi 2160 x 1080p.

Pengimbas cap jari yang sebelum ini diletakkan di bahagian muka depan kini dialihkan ke bahagian belakang peranti, kerana OPPO telah mengintegrasikan sensor pengecaman wajah untuk membuka kekunci peranti yang lebih mudah untuk digunakan.

Berkenaan kamera depan, OPPO F5 dibekalkan dengan sensor 20 Megapiksel f/2.0 AI Beauty yang mampu mengenalpasti jantina dan umur melalui pengimbas wajah. Bukan itu sahaja, ia juga mampu melaraskan cahaya yang masuk ke dalam sensor mengikut tona warna serta jenis kulit si pengguna. Kamera belakang pula hadir dengan sensor 16 Megapiksel f/1.8 boleh mengambil gambar bokeh malah sesuai untuk penggambaran di dalam pencahayaan yang malap.

Sistem antaramuka Color OS 3.2 yang dibantu ekosistem Android 7.1 Nougat juga kemas dan mudah untuk digunakan. Peranti ini turut menyediakan slot untuk kad microSD dan dua kad Nano SIM sekaligus. Dengan bateri 3,200mAh, pengguna turut disertakan teknologi pengecasan pantas menerusi bicu microUSB.

OPPO F5 yang didatangkan bersama dua pilihan warna emas dan hitam boleh mula di pra-tempah dari 2 hingga 10 November 2017 secara atas talian melalui Lazada, 11street, Shopee, atau di kedai konsep dan 888 pengedar sah pada harga RM1,298 seunit. Selain itu, Celcom dan SenHeng menyediakan pelan ansuran bulanan.

Dalam masa sama, pihak OPPO turut memperkenalkan OPPO F5 dengan varian 6GB/64GB. Ia akan dibawa masuk ke pasaran tempatan pada masa akan datang. Anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh layari Facebook OPPO Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here