**********

Kepada mereka yang sering mengembara ke tempat baru sama ada di dalam mahupun luar negara, perkara yang paling sukar pastinya mencari arah kiblat bukan? Usah risau kerana Google kini telah menyediakan cara mudah untuk anda mencari arah kiblat, hanya dengan menggunakan telefon pintar sahaja dan ia dikenali sebagai Qibla Finder. Bagaimana? Ikuti tip yang disediakan oleh kami.

 

Apa itu Qibla Finder?

Qibla Finder adalah satu laman sesawang yang dibangunkan oleh Google untuk membantu anda mencari arah kiblat walau di mana sahaja berada.

 

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

Buka pelayar web Chrome ataupun Safari pada telefon pintar anda, kemudian cari Qibla Finder.

Pilih bahasa yang diinginkan sama ada Melayu, English, Indonesia dan beberapa lagi.

 

Buat gerakkan yang membentuk angka 8 sebanyak tiga kali untuk menentukurkan kompas anda.

 

Qibla Finder akan menggunakan kamera dan lokasi semasa untuk mencari arah kiblat di tempat anda berada. Jadi, telefon pintar akan meminta kebenaran untuk mengakses fungsi kamera pada Qibla Finder.

 

Apabila selesai, anda dapat lihat di bahagian sudut bawah telefon pintar terdapat garisan yang menunjukkan ke arah Kaabah.

 

Anda boleh memilih menggunakan fungsi kamera Augmented Reality ataupun tidak untuk mencari arah kiblat.

 

Kemudian, anda perlu menghadapkan bulatan berwarna putih ke Kaabah dan ia akan memaparkan kedudukan arah kiblat melalui jarak kaabah dengan anda. Mudah kan?

**Pesanan**
Anda boleh bermula dengan menghadapkan telefon pintar ke lantai, dan akan kelihatan satu garisan biru yang menunjukkan jarak lokasi anda dengan Kaabah.

 

INFO!!!

Qibla Finder ini boleh digunakan pada semua jenis telefon pintar dengan yang memiliki kompas. Selain itu, ia juga boleh digunakan komputer riba mahupun desktop, tetapi tidak dapat memaparkan arah dengan tepat sepertimana di telefon pintar.

 

~Selamat mencuba!~

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here