Permintaan Huawei Nova 2i Masih Tinggi

541
**********

Huawei jenama telefon pintar kedua terbesar di Malaysia meraikan kehadiran Huawei nova 2i Edisi Terhad Aurora Blue pada Festival Double 11 yang lepas. Ketibaan telefon edisi terhad ini telah disambut dengan baik sekali oleh peminat peranti Huawei di Malaysia.

Pelanggan di depan pintu Huawei Pavilion Elite

Dalam ketibaannya pada 13 Oktober 2017, Huawei nova 2i berwarna Graphite Black telah habis dijual pada hari pertama jualannya. Sehingga kini permintaan masih tinggi oleh kerana harga yang ditawarkan adalah berbaloi untuk dimiliki.

Pelanggan dengan Huawei nova 2i Aurora Blue

Kedai utama Huawei di Pavilion Elite, Kuala Lumpur kini menjadi zon pengalaman yang berbeza di mana orang ramai kini boleh mendapat memegang dan merasai kehebatan peranti Huaweo nova 2i di samping peranti pintar HUAWEI yang lain. Pelbagai stesen disediakan kepada mereka yang hadir untuk mempelajari teknologi baru.

Kakitangan Huawei menunjuk ajar seorang kanak-kanak

Huawei Pavilion Elite menawarkan demonstrasi produk, pameran permainan yang dipertingkatkan, fotografi, kesihatan, kanak-kanak dan pengalaman berkaitan dengan muzik.

Huawei nova 2i yang telah dilancarkan dijual dengan tanda harga RM1,298 dalam pilihan warna hitam dan edisi terhad, biru aurora.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here