- Iklan -

Nampaknya kehadiran peranti flagship terbaru dari Apple iaitu iPhone 8 dan 8 Plus telah membuatkan ramai pengguna telefon pintar terutamanya peminat ‘kipas susah mati’ iPhone untuk memiliki peranti idaman mereka. Tetapi memandangkan harganya yang mencecah RM4,399 untuk iPhone 8 dan RM4,899 bagi 8 Plus, pasti ramai juga yang berfikir banyak kali untuk membelinya kan?

Jangan risau, jika ingin memiliki telefon pintar ini dengan harga berpatutan, apa kata anda membelinya dengan pelan telco. Di antara 4 telco yang tersedia di Malaysia, telco mana yang menawarkan iPhone 8 dan 8 Plus paling murah?

~Jom ikuti perbandingan yang dibuat oleh kami~

 

PERBANDINGAN PELAN ASAS (2 TAHUN KONTRAK)

INFO [Pelan Digi Pilihan eRing]

Jika anda mempunyai bajet komitmen bulanan bawah RM100, kami sarankan untuk memilih pelan asas ini. Dengan komitmen bulanan sebanyak RM78 mahupun RM90, anda boleh membuat panggilan terhad kepada orang tersayang.

Digi menawarkan harga peranti lebih mahal berbanding U Mobile untuk kedua-dua telefon pintar ini, tetapi jika dilihat pada pembayaran balik selama 24 bulan sebenarnya Digi lebih murah dan jimat. Dari segi data Internet pula, U Mobile menawarkan pelan Internet lebih berbeloi dengan harga bulanan yang di bayar.

 

PERBANDINGAN PELAN PERTENGAHAN I (2 TAHUN KONTRAK)

INFO [Pelan Celcom Pilihan eRing]

Jika anda pengguna Celcom, pelan pertengahan untuk iPhone 8 dan 8 Plus ini adalah termurah buat anda! Kelebihan pelan Celcom adalah dengan membayar sebanyak RM98 sebulan, anda akan mendapat data Internet sebanyak 40GB yang dibahagi kepada harian dan hujung minggu serta panggilan tanpa had. Malah bayaran balik selama 2 tahun juga lebih memihak kepada Celcom.

Manakala Digi pula telah menyediakan data Internet 20GB untuk hari biasa dan 20GB untuk hujung minggu serta panggilan tanpa had pada harga bulanan RM108.

 

PERBANDINGAN PELAN PERTENGAHAN II (2 TAHUN KONTRAK)

INFO [Pelan Celcom Menjadi Pilihan eRing]

Jika inginkan data Internet yang lebih tinggi serta panggilan tanpa had ke semua rangkaian, pelan pertengahan kedua ini boleh dipertimbangankan. Di antara keempat-empat telco yang terdapat di Malaysia menawarkan iPhone 8 dan 8 Plus, Digi menawarkan harga iPhone 8 yang lebih murah. Tetapi anda perlu membayar komitmen bulanan yang paling mahal, RM138.

Jika komitmen bulanan pula yang dipilih, Celcom dan Maxis menyediakan bayaran bulanan paling rendah, iaitu RM128 di ikuti oleh U Mobile RM130. Walaupun menawarkan komitmen bulanan lebih rendah berbanding Digi dan U Mobile, Celcom menawarkan data Internet paling tinggi sehingga 50GB.

 

PERBANDINGAN PELAN TINGGI (2 TAHUN KONTRAK)

INFO [Pelan Celcom Menjadi Pilihan eRing]

Pelan ini bukan sahaja menawarkan komitmen bulanan yang tinggi untuk iPhone 8 dan 8 Plus, tetapi menawarkan data Internet yang tinggi untuk mereka yang suka menonton YouTube, melihat drama Korea mahupun bermain permainan secara online. Selain memberi panggilan dan SMS tanpa had, Celcom turut menawarkan komitmen bulanan RM10 lebih murah berbanding Maxis.

Dari segi data Internet pula, Celcom menyediakan data dua kali ganda lebih tinggi berbanding pesaingnya serta pembayaran selama 2 tahun juga lebih murah apabila anda memilih dari pelan dari Celcom. Masih ada kelebihan untuk Maxis di mana menyokong panggilan dan SMS tanpa had, dan menyediakan data Internet sebanyak 60GB.

 

PERBANDINGAN PELAN PREMIUM (2 TAHUN KONTRAK)

INFO [Pelan Celcom Menjadi Pilihan eRing]

Kedua-dua telco ini menawarkan komitmen bulanan yangg paling tinggi iaitu RM188 sebulan. Walaupun Celcom dan Maxis menyediakan panggilan dan SMS tanpa had, tetapi Celcom hadir dengan data Internet yang lebih tinggi bersama video VIDEOWALLA sehingga 100GB sebulan. Bukan itu sahaja, dengan harga serendah RM1,748 anda sudah boleh memiliki iPhone 8 dan RM2,188 untuk iPhone 8 Plus dengan pelan Celcom.

LAMAN RASMI

 

MODEL ALTERNATIF

Kepada pengguna yang bukan peminat iOS atau lebih dekat peminat iPhone, anda boleh mendapatkan telefon pintar lain dengan harga dan spesifikasi seakan iPhone 8 dan 8 Plus, tetapi dengan harga yang lebih murah. Nak tahu model apa yang menjadi pilihan kami? Jom semak!

 

  1. Samsung Galaxy Note8 (RRP: RM3,999)

Memandangkan ramai yang gemarkan telefon pintar dengan paparan skrin besar, editor memilih model alternatif bagi iPhone 8 Plus adalah Samsung Galaxy Note8. Anda boleh mendapatkan phablet ini di semua telco yang ada di Malaysia iaitu Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile.

Di antara keempat-empat telco ini, Maxis menawarkan peranti secara percuma, di mana anda cuma perlu membayar serendah RM188 / sebulan (dengan pelan Maxis Zerolution). Diikuti dengan Celcom (RM2178), U Mobile (RM2,429) serta Digi (RM2468).

LAMAN RASMI

 

  1. Huawei Mate 10 (RRP: RM2,699)

Sebuah lagi model yang menyediakan paparan skrin besar adalah Huawei Mate 10. Jika ingin mendapatkan peranti ini secara percuma, anda boleh memilih pelan dari Celcom (FIRST Platinum Plus) dan Maxis (pelan Maxis Zerolution) dengan komitmen bulanan adalah sama iaitu RM188 / sebulan. Selain itu, Maxis juga menyediakan pelan biasa yang mana pengguna boleh memilih pelan RM188 / sebulan dengan bayaran peranti hanya RM1,499. Manakala Digi pula menawarkan pelan bulanan yang paling murah iaitu RM138 / sebulan, dan bayaran peranti juga rendah iaitu RM999.

LAMAN RASMI

 

  1. Samsung Galaxy NoteFE (RRP: RM2,599)

Sebuah lagi model alternatif yang editor sediakan untuk anda adalah Samsung Galaxy Note FE. Buat masa sekarang, model ini hanya boleh didapati di dua telco sahaja itu Maxis serta U Mobile. Jika ingin membeli Samsung Galaxy Note FE, U Mobile menawarkan pelan bulanan yang paling murah iaitu RM 60/ sebulan tetapi anda perlu membayar harga peranti bernilai RM1,829. Tetapi jika anda memilih pelan bulan RM130 / sebulan, harganya hanya RM1,229 sahaja.

Maxis pula menawarkan dua pilihan pelan kepada pengguna iaitu pelan biasa dan pelan Maxis Zerolution. Dengan pelan biasa, anda boleh mendapatkan telefon pintar ini berharga RM1,399 dan bayaran bulanan adalah RM188 / sebulan. Tetapi dengan pelan Maxis Zerolution, anda boleh memiliki peranti ini secara percuma, dengan bayaran RM188 / sebulan (tertakluk pada terma dan syarat).

LAMAN RASMI

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here