OPPO F5 Youth Dilancarkan Dengan Kamera Depan 16MP

637
- Iklan -

OPPO baru-baru ini melancarkan peranti mampu milik di bawah keluaga F5 yang diberi nama OPPO F5 Youth. Versi ini adalah varian permulaan dengan menawarkan spesifikasi sedikit rendah berbanding abangnya yang memiliki RAM sebesar 4GB dan 6GB.

OPPO F5 Youth kini hadir dengan memori RAM 3GB dan storan 32GB yang menyokong kad microSD. Ia adalah peranti dengan kerangka badan seiras iaitu paparan hampir penuh 6 inci FHD+ 18:9 di depan tetapi didatangkan dengan konfigurasi kamera berlainan.

Kamera belakang pada OPPO F5 Youth menggunakan sensor 13 Megapiksel f/2.2 sementara kamera swafoto pula menerima 16 Megapiksel f/2.0 aperture. Terdapat LED flash pada kamera belakang namun hanya skrin flash sahaja ditawarkan di bahagian depan.

Peranti ini dibekalkan dengan cip pemproses MediaTek Helio P23 sama seperti OPPO F5 dan dibekalkan bateri sebesar 3,200mAh. OPPO F5 Youth dioperasikan Android 7.1 Nougat dan Color OS 3.2 terus dari kotak.

Setakat ini, OPPO F5 Youth ditawarkan di pasaran Filipina dalam pilihan warna hitam dan emas dengan tanda harga PHP13,990 (lebih kurang RM1,132) seunit.

Rasmi! OPPO F5 Dilancarkan Dengan Skrin 18:9, Kamera Selfie 20MP AI

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here