Instagram Walla Ditawarkan Kepada Pengguna Xpax

2510

Celcom hari ini mengumumkan Instagram Walla kini boleh dinikmati oleh semua pengguna Xpax. Instagram Walla merupakan pelan data internet sebanyak 10GB khusus untuk laman sosial popular iaitu Instagram.

Mulai hari ini, semua pengguna yang melanggan man-mana pelan internet Xpax ditawarkan Instagram Walla dimana anda akan diberikan kuota sebanyak 10GB secara percuma. Ini juga termasuk pelan yang terendah RM3 untuk 1GB sehari.

Para pengguna kini boleh memilih untuk melanggan perkhidmatan nilai tambahan Instagram Walla melalui pas-pas yang bersesuaian.

  • Harian pada RM1 untuk 1GB
  • Mingguan pada RM7 untuk 10GB
  • Bulanan pada RM20 untuk 15GB

Tawaran ini berlangsung untuk tempoh terhad dan ia boleh dilanggan menggunakan tanda pagar *118# pada peranti masing-masing. Layari laman Xpax untuk mendapatkan maklumat lanjut.

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here