Huawei Mate 10 Pro Kini Dijual Di Malaysia Pada Harga RM3,099

547
**********

Kita sudah sedia maklum Huawei telah memperkenalkan barisan Huawei Mate 10 mereka beberapa bulan yang lepas. Untuk pasaran Malaysia, kita telah menerima model Mate 10 terlebih dahulu pada harga asas RM2,699 iaitu boleh dikatakan harga yang begitu berbaloi dibeli untuk sebuah peranti flagship tahun ini.

Antara pengguna terawal Huawei Mate 10 Pro

Bagaimanapun, Huawei telah menambah satu lagi model untuk pasaran Malaysia dengan kehadiran Huawei Mate 10 Pro iaitu sebuah varian lebih atas dengan sedikit perbezaan secara umumnya boleh dilihat pada skrin paparan depan.

Kini, para peminat peranti model Mate boleh mendapatkan Huawei Mate 10 Pro pada harga RM3,099 dengan pilihan warna Mocha Brown dan Midnight Blue di semua Huawei Experience Store, Display Zone, dan kebanyakan telkom seperti Celcom, Digi, dan Maxis.

Pelanggan mula beratur untuk menunggu giliran masing-masing

Lebih mudah lagi, anda boleh membuat pembelian di kedai atas talian rasmi Huawei di Vmall.

Huawei Mate 10 Pro dilengkapi dengan paparan FullView Display bersaiz 6 inci OLED 18:9 hampir penuh di depan. Melalui panel bodi gelas 3D, ia juga menyokong kalis air dan debu IP67 bersama pengimbas cap jari di belakang berbanding Mate 10 di depan.

Menggunakan kamera Leica 12 dan 20 Megapiksel, Huawei Mate 10 Pro menjanjikan pengalaman fotografi yang lebih memukau serta cemerlang. Selain itu, bateri sebesar 4,000mAh pula boleh menanggung kerja seharian tanpa perlu mendapatkan bekalan kuasa tambahan.

Cip berkuasa Kirin 970 dan bantuan memori RAM 6GB serta storan 128GB membolehkan anda melakukan pelbagai tugasan dalam satu-satu masa malah Huawei juga memberi jaminan 18 bulan kelancaran pada peranti

Apa Menarik Huawei Mate 10 & Mate 10 Pro Perlu Korang Tahu?!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here