Honor 8 Pro Kini Berharga RM1,799 Sempena Sambutan Hari Natal

811
- Iklan -

Bersempena Hari Natal yang akan disambut bulan hadapan, honor mengadakan tawaran menarik kepada anda di luar sana. Bermula hari ini sehingga 7 Januari 2018, beberapa peranti seperti honor 8 Pro, honor 8, honor 6X, honor 6A Pro, dan honor 5A ditawarkan kepada anda.

Menariknya dalam promosi ini, peranti flagship honor 8 Pro mendapat penurunan harga sebanyak RM200. Kini ia dijual pada harga RM1,799 berbanding harga asal RM1,999.

Bukan itu sahaja, anda akan diberikan kotak premium bernilai RM799 yang mengandungi baucar Mobile Legends dan Final Fantasy bersama-sama cenderahati honor seperti fon telinga, selfie stick, dan power adapter.

Manakala pembelian ke atas honor 8, honor 6X akan menerima beg pelbagai fungsi boleh lipat bernilai RM69. Di samping pembeli yang membeli honor 6A Pro dan honor 5A akan diberikan botol gelas berharga RM69 secara percuma.

Tell all your friends honor is giving up to RM300 discounts AND really premium free gifts! Promo is available at these stores: bit.ly/honormaslistWe also have prizes worth RM50,000 in total for our Lucky Draw! Senang je to join – purchase of any the products shown here and you'll get an entry.#celebratewithhonor #honormalaysia #promo #discount #free #gifts

Posted by Honor Malaysia on 17hb November 2017

 

Untuk memeriahkan lagi sambutan Hari Natal ini, honor menyediakan hadiah berjumlah RM50,000 dalam program cabutan bertuah. Setiap pembeli yang membuat pembelian layak untuk sertai cabutan bertuah ini. Sebanyak 10x unit Huawei Mate 10 Porsche Design, 15x unit Huawei 360 Panoramic Cameras, dan 15x unit Huawei Body Scale untuk dimenangi.

Jadi, jangan lepaskan peluang berbaloi ini. Anda pasti tidak menyesal.

- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here