GRID Autosport – Game Telefon Setanding Konsol

685
- Iklan -

Apple iPhone X dah dilancarkan di Malaysia pada Jumaat lepas, kalau korang dah beli iPhone X dengan kapasiti 256GB dan tak tahu macam mana cara paling cepat nak penuhkan ruang storan, kami ada cadangan, korang boleh muat turun GRID Autosport. Game ni baru saja dilancarkan di peranti iOS bermula hari ini (27 November 2017).

GRID Autosport ni game lumba kereta yang kebanyakannya kaum lelaki pasti suka. Bukan nak cakap pasal lumba, sebab game lumba kereta di dah banyak dekat App Store, tapi apa yang menarik grafik dia perhh macam main dekat konsol Playstation – macam PC pun ada juga.

Kereta apa yang boleh korang guna? Boleh pilih antaranya Mclaren 12C GT3, Dallara F312, Mazda RX-7 (FD3S) Drift Tuned, Audi RS5 Coupe, Pagani Zonda Revolución, Mercedes-benz SL65 AMG BS, dan 74 buah kereta hebat yang lain.

Dalam tu juga, kereta-kereta diletakkan mengikut kategori seperti contoh hot hatch, sedan, supercar, hypercar, GT, dan banyak lagi. Selain tu, korang boleh layan corner di 100 litar berbeza sambil menikmati pemandangan di 22 lokasi ikonik antaranya Hockenheim, Yas Marina, dan San Francisco.

Jadi kalau berminat, korang boleh muat turun game ni di App Store. Harganya RM39.90 sahaja dengan saiz 4GB diperlukan. Dengan harga macam ni, mesti korang tak menyesal lah. iPhone mampu beli takkan GRID Autosport tak boleh kan?

Yang guna Android, pembangun maklumkan dalam masa terdekat ni akan dilancarkan.

Muat turun sekarang : GRID Autosport

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here