ASUS Menampilkan Paparan 18:9 Yang Pertama Dengan ZenFone Max Plus (M1) Untuk Pasaran Global

748
**********

Akhirnya ASUS turut akur dengan trend semasa kebanyakan pengeluar telefon pintar apabila turut memperkenalkan peranti pertama keluarannya yang dilengkapi paparan 18:9 dengan kemunculan model ZenFone Max Plus (M1). Sebenarnya berita ini bukanlah sesuatu baru kerana sebelum ini ia lebih dikenali dengan nama Pegasus 4S (X018D) untuk pasaran di China. Apa yang lebih menariknya, ASUS ZenFone Max Plus (M1) yang menggunakan nama kod ZB570TL ini berkemungkinan besar akan dibawa masuk secara rasmi ke pasaran Malaysia tidak lama lagi memandangkan ia telahpun mendapat kelulusan daripada pihak SIRIM baru-baru ini.

ASUS ZenFone Max Plus (M1) yang merupakan telefon pintar dari kelas pertengahan ini dikatakan menyokong paparan skrin 18:9 berukuran 5.7 inci dengan resolusi FHD+ (1080 x 2160 piksel). Model ini juga akan dikuasakan oleh pemproses MediaTek 6750T, pilihan memori 16GB/RAM 2GB atau 32GB/RAM 3GB, dan juga dioperasikan dengan Android 7.0 Nougat dengan sentuhan antaramuka ZenUI 4.0.

Fungsi menarik yang turut disokong termasuklah sistem kamera dwi lensa 16 Megapiksel dan 8 Megapiksel, keupayaan swafoto beresolusi 8 Megapiksel dan juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti mencecah sehingga 4,130 mAh. Sokongan paparan skrin 18:9 ini turut memperlihatkan kedudukan sensor pengimbas cap jari telah dipindahkan ke panel belakang peranti ini.

Sumber : GSMArena

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here