Adakah Ini Petanda Razer Phone Bakal Dibawa Ke Malaysia?

327
**********

Pengguna di Singapura boleh dikatakan pengguna yang bertuah kerana setiap peranti yang terbaru akan berlabuh di sana. Sebuah telefon pintar kelas atasan Razer Phone yang dilancarkan beberapa minggu lepas dikatakan bakal dipasarkan di sana bermula hari ini melalui telkom Singtel.

Lantas menjadikan Singapura negara pertama di Asia yang menerima kehadiran peranti tersebut. Menurut sumber, Razer Phone kini sudah boleh ditempah bermula hari ini sehingga 26 November depan di gerai SITEX dimana 200 pelanggan pertama akan diberikan sebuah Razer Hammerhead Bluetooth Headset secara percuma.

Kebetulan pada masa sama, CEO Razer juga merupakan rakyat Singapura dan dia memaklumkan telefon keluaran syarikat di bawah naungannya akan dipasarkan di negara beliau terlebih dahulu.

Razer Phone yang mencuri tumpuan peminat telefon pintar seluruh dunia hadir dengan spesifikasi mengancam antaranya skrin paparan 120Hz 5.7 inci UltraMotion, dwi speaker bersama dwi Amp, bateri 4,000mAh, dan RAM sebesar 8GBs selain cip pemproses Snapdragon 835.

Singtel menawarkan Razer Phone secara percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan Combo 12 pada harga $239.90 (RM987) sebulan.

Jadi dengan penawaran di Singapura, adakah Malaysia juga bakal menerimanya? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Sumber : Singtel

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here