Vmall Menawarkan Diskaun RM4.5 Juta Bermula 7 November Ini

705
- Iklan -

Selaku peneraju telefon pintar e-jenama, gedung atas talian honor Malaysia iaitu Vmall mengumumkan diskaun sebanyak RM4.5 juta akan diberikan pada festival Double-11 tidak lama lagi. Promosi siber besar-besaran yang akan dijalankan pada hari itu dikhabarkan bakal memecah rekod dunia pada tahun ini.

Berlangsung pada 7 November sehingga 11 November pada pukul 10 pagi setiap hari, para pengguna akan menikmati diskaun menarik selama satu jam. Dalam masa itu juga, honor akan menawarkan telefon pintar serendah RM299 dengan diskaun sehingga 65%.

Selain daripada peranti, Vmall juga menawarkan aksesori telefon pintar serendah RM11 sementara powerbank dan set kepala pula bermula pada harga RM68 seunit. Menariknya, barangan lain juga boleh didapati serendah harga minuman di kedai iaitu RM3 sahaja.

Bagi anda yang tidak mahu melepaskan peluang ini, kami sarankan tandakan kalendar pada hari festival Double-11 yang bakal tiba untuk menikmati tawaran yang terbaik.

Tandakan Kalendar Pada 11.11.17 Kerana Vmall Ada Promosi

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here