Tiga Selebriti Dipilih Menjadi Duta Baru OPPO Malaysia

1359
**********

OPPO Malaysia yang kebelakangan ini menyepikan diri hari ini mengumumkan bahawa mereka akan memperkenalkan seorang selebriti wanita berbangsa cina ke dalam pasukan selebriti OPPO. Teaser yang dikeluarkan ini membuktikan OPPO sentiasa komited dalam memasarkan produk mereka di pasaran Malaysia.

Pelakon terkenal berbangsa cina ini akan menjadi duta rasmi produk OPPO F5 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Bukan itu sahaja, OPPO juga sedang merekrut dua artis lelaki cina untuk mewakili ikon selfie OPPO F5. Kedua-dua mereka dikhabarkan individu yang terkenal di kaca televisyen.

Bagi menyambut ketiga-tiga duta baru ini, OPPO Malaysia mengadakan satu permainan meneka siapakah artis wanita yang menjadi duta rasmi OPPO F5.

Pemenang yang bertuah berpeluang memenangi Smart band NOW2 bernilai RM199 serta hadiah misteri.

Caranya mudah sahaja, anda perlu :

  1. Like halaman Facebook OPPO Malaysia.
  2. Komen pada pos “Guess who the female ambassador is”.
  3. Share sebagai awam atau public.

Keputusan akan diumumkan pada 21 Oktober 2017.

Bagi anda yang ingin memiliki hadiah menarik ini, selamat mencuba!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here