Samsung Galaxy Tab A Berharga RM1,199 – Hadir Dengan Paparan 8”, Bateri 5,000mAh

530
**********

Samsung Malaysia hari ini mengemas kini barisan tablet mereka dengan memperkenalkan Samsung Galaxy Tab A yang terbaru. Tablet ini dilengkapi skrin bersaiz 8 inci dengan paparan TFT 1280 x 800 WXGA. Ia juga didatangkan dengan kerangka logam sama ada berwarna hitam, perak, atau emas.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm MSM8917 berkelajuan 1.4Ghz, ia membawakan memori RAM 2GB dan storan sebanyak 16GB dimana turut menyokong slot kad microSD. Kamera pula dibekalkan dengan sensor 8 Megapiksel AF di bahagian depan dan 5 Megapiksel di sebelah depan.

Dengan menggunakan bateri sebesar 5,000mAh, tablet ini juga menyokong rangkaian 4G LTE Cat.4 (sehingga 150Mbps) serta sambungan USB Type-C dan bicu audio 3.5mm.

Kepada anda yang ingin berkongsi tablet ini bersama anak kecil, Samsung Galaxy Tab A menyediakan 9 aplikasi percuma untuk dinikmati seperti LEGO Jurassic World, LEGO Batman: DC Super Heroes, LEGO Harry Potter: Year 1-4, Brio World, My Little Garage, Pettson’s Inventions 3, Toca Hair Saloon 3, Toca Life: School, dan Toca Life: Farm.

Samsung Galaxy Tab A kini boleh didapati di semua Samsung Experience Store seluruh negara pada harga RM1,199 seunit.

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here