Samsung Galaxy Note FE Akan Mula Dijual 25 Oktober Depan – RM2,599

2332
**********

Berita baik buat anda peminat siri Note, Samsung Malaysia Electronics (SME) hari ini memperkenalkan Galaxy Note Fan Edition. Kami dikhabarkan ramai diantara anda tertanya-tanya adakah model ini masuk ke pasaran Malaysia, jawapannya ya. Peranti ini akan mula dipasarkan 25 Oktober nanti di semua Samsung Experience Store seluruh Malaysia.

Pihak Samsung juga memberitahu model Fan Edition ini mengalami perubahan dari segi kapasiti bateri, kini ia dimuatkan dengan 3,200mAh yang menyokong pengecasan pantas. Perkakasan lain masih lagi dikekalkan tetapi tidak pada warna, anda kini boleh memilih sama ada warna Black Onyx ataupun Coral Blue.

Ciri Bixby Home dan Bixby Reminder juga telah diintegrasikan bersama malah Galaxy Note FE juga mendapat sokongan tahan lasak kalis air dan debu IP68.

Kamera belakang dilengkapi sensor Dual Pixel 12 Megapiksel f/1.7 serta penstabilan imej optikal (OIS) dan depan menggunakan sensor 5 Megapiksel f/1.7. Memori RAM pula sebesar 4GB dan jumlah storan adalah 64GB yang boleh diperluaskan.

Galaxy Note FE kini ‘selamat’ dibeli pada tanda harga RM2,599 seunit.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here