**********

Setelah menggunakan sendiri Honor 8 Pro, kami merasakan ia merupakan model smartphone yang sangat berbaloi untuk dimiliki oleh pengguna yang memiliki bajet di bawah RM2000. Ini kerana selain daripada rekaannya yang premium, Honor 8 Pro menawarkan spesifikasi yang dirasakan sangat baik seperti pemproses HiSilicon Kirin yang terkini, RAM serta kapasiti bateri yang besar, hadir dengan sokongan dwi lensa yang mengikuti trend masa kini dan banyak lagi. Jadi ingin mengetahui lebih lanjut tentang Honor 8 Pro, mari kita sama-sama lihat reviu yang disediakan…

 

SPESIFIKASI

MODEL
  • DUK-L09
PLATFORM
  • Android 7.0 Nougat
  • EMUI 5.1
PEMPROSES
  • HiSilicon Kirin 960
  • Octa Core (4 x 2.4GHz Cortex-A73 + 4 x 1.8GHz Cortex-A53)
  • TSMC 16nm FFC
  • Mali-G71MP8 @ 1037MHz (282 GFlops)
MEMORI
  • ROM: 64GB (UFS 2.1)
  • RAM: 6GB (LPDDR4)
  • microSD (sehingga 256GB)
SLOT KAD
  • SIM 1: nano SIM
  • SIM 2: nano SIM / microSD
PAPARAN
  • 5.7 inci LTPS LCD
  • 1440 x 2560 piksel (~515ppi)
  • Corning Gorilla Glass 3
BATERI
  • Lithium Polymer 4000mAh
  • Huawei Quick Charge (5V2A / 9V2A)
KAMERA UTAMA
  • 12 Megapiksel (RGB) + 12 Megapiksel (Monokrom)
  • Sony Exmor RS IMX286
  • 1.25 μm
  • Aperture f/2.2
  • PDAF + Laser Auto Focus
  • Dual Tone LED Flash
KAMERA DEPAN
  • 8 Megapiksel
  • Aperture f/2.0
UKURAN
  • 157 x 77.5 x 6.97mm
  • 184g
SAMBUNGAN
  • WiFi 802.11 a/b/g/n/ac
  • Bluetooth v4.2 LE
  • NFC
  • USB Type-C (OTG)
  • Inframerah
SENSOR
  • Hall sensor
  • Infrared sensor
  • Fingerprint sensor
  • Proximity sensor
  • Ambient light sensor
  • Digital compass
  • Gravity sensor
  • Gyroscope
  • LED status indicator

 

PAKEJ PEMBELIAN

Jika dilihat pada rekaan kotak pembungkusan Honor 8 Pro yang berwarna biru ini, ia kelihatan biasa sahaja penampilannya. Tetapi sebenarnya ia memiliki sedikit keistimewaan kerana kotak pembungkusan ini juga sebenarnya boleh diubah dan digunakan sebagai kotak VR.

 

  1. Kotak Pembungkusan
  2. Honor 8 Pro
  3. Kotak VR
  4. Adapter pengecas
  5. Kabel USB Type-C
  6. 2 x kanta VR
  7. Pin slot kad
*Unit reviu yang diterima ini tidak memiliki buku manual di dalam pakej pembeliannya.

 

PILIHAN WARNA

Honor 8 Pro telah diperkenalkan dalam dua warna pilihan yang agak menarik iaitu biru dan juga hitam. Tidak seperti sesetengah peranti di pasaran yang tampil dengan panel depan berwarna hitam, Honor 8 Pro menawarkan keseluruhan kerangka yang tampil dengan warna yang sama dan ini secara tidak langsung berjaya menyerlahkan rekaannya yang premium.

 

PENAMPILAN FIZIKAL

Lensa Depan

Bezel atas skrin tampil dengan rekaan yang agak besar dan seperti biasa bahagian ini menempatkan lubang earpiece dengan rekaan yang ringkas dan pada sebelah kanan lubang tersebut turut menempatkan sebuah LED notifikasi.

Manakala sebelah kiri lubang earpiece itu pula telah disediakan dengan sensor Ambient Light dan juga lensa depan beresolusi 8 Megapiksel.

 

Bezel Bawah

Sama saiz seperti bezel pada bahagian atas skrin, bahagian ini tampil lebih ringkas kerana tiada sebarang butang kawalan disediakan, memandangkan Honor 8 Pro hadir dengan butang kawalan pada paparan skrin. Apa yang boleh anda temui pada bahagian ini hanyalah logo ‘honor’ dengan kemasan berwarna krom.

 

Dwi Lensa

Honor 8 Pro masih mengekalkan penggunaan dwi lensa 12 Megapiksel yang sama seperti model Honor 8 yang telah diperkenalkan pada tahun lepas.

Namun begitu, rekaan dan juga kedudukan dwi lensa ini telah diperbaharui dan apa yang menariknya adalah sokongan lensa yang rata walaupun memiliki kerangka yang sangat nipis iaitu kurang dari 7mm.

 

Pengimbas Cap Jari

Kedudukan pengimbas cap jari Honor 8 Pro masih sama seperti Honor 8. Namun perbezaan ketara yang dapat dilihat adalah panel belakang kaca yang digunakan sebelum ini telah digantikan dengan panel belakang yang diperbuat daripada logam.

Apa yang pasti, sensor pengimbas cap jari Honor 8 Pro adalah sangat pantas dan anda boleh terus mengakses peranti dalam mod sleep.

 

Sisi Kerangka

Sisi kiri tersedia dengan satu slot kad jenis hibrid yang boleh diakses menggunakan pin yang tersedia di dalam pakej pembelian. Namun begitu slot yang diperbuat daripada plastik ini kelihatan seperti ianya mudah untuk patah.

Sisi kanannya pula dilengkapi dengan dua buah butang fizikal iaitu butang melaras volume dan juga butang kuasa.

 

Kerangka Atas & Bawah

Bahagian atas kerangka Honor 8 Pro didatangkan dengan sebuah lubang mikrofon dan juga satu port inframerah yang boleh digunakan sebagai alat kawalan jauh.

Manakala bahagian bawah kerangkanya pula kelihatan lebih sarat dengan adanya port 3.5mm audio jack, port USB Type-C dan juga lubang speaker.

 

MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI HONOR 8 PRO?!

#1 Harga Berbaloi Untuk Dimiliki

Tidak keterlaluan untuk mengatakan bahawa Honor 8 Pro merupakan pilihan yang sangat berbaloi untuk anda miliki dengan bajet harga di bawah RM2000. Ini kerana ia menyokong spesifikasi yang berkuasa setanding dengan smartphone yang dijual pada harga sekitar RM3000 di pasaran tempatan.

Apa yang pasti, Honor 8 Pro menawarkan spesifikasi yang boleh dikatakan lebih baik jika dibandingkan dengan kebanyakan peranti yang dijual pada kategori harga yang sama.

 

#2 Paparan Skrin 2K Berkualiti

Dengan harga di bawah RM2000, anda mampu menikmati paparan skrin berkualiti setanding dengan paparan skrin yang ditawarkan pada peranti premium yang kebiasaannya dijual pada harga yang jauh lebih mahal.

Honor 8 Pro menyokong paparan skrin berukuran 5.7 inci dengan resolusi yang sangat tinggi iaitu 1440 x 2560 piksel atau bersamaan dengan 515 piksel per inci. Sekaligus menjanjikan paparan yang sangat terang dan jelas sekali.

 

#3 Memori UFS 2.1 Yang Pantas

Sudah menjadi satu trend pada masa kini untuk memperkenalkan peranti dengan sokongan memori dalaman minimum 32GB sehinggalah sebesar 256GB. Tetapi apa yang membezakan antara peranti-peranti ini adalah jenis memori dalaman yang disokong, dan apa yang pasti Honor 8 Pro sememangnya tidak mengecewakan kerana ia hadir dengan memori jenis UFS 2.1 yang sangat pantas. Secara tidak langsung ia menjanjikan masa pengoperasian dan juga pemindahan data yang lebih pantas.

 

#4 Kapasiti RAM 6GB

Honor buat pertama kalinya telah memperkenalkan kapasiti RAM paling besar pernah disokong oleh smartphone keluarannya. Kemunculan Honor 8 Pro dengan kapasiti RAM sebesar 6GB LPDDR4 ini menjanjikan pengalaman multi-tasking yang sangat lancar.

Apa yang pasti, sokongan RAM pada Honor 8 Pro boleh dianggap antara yang terbesar boleh didapati di pasaran selain daripada OnePlus 5 yang menyokong RAM sebesar 8GB.

 

#5 Bateri 4000mAh

Sama ada anda sedar atau tidak, kebanyakan smartphone flagship yang terdapat di pasaran kebiasaannya tampil dengan sokongan bateri berkapasiti sekitar 3000mAh. Tetapi dengan Honor 8 Pro, ia menampilkan kapasiti bateri yang agak besar iaitu sebesar 4000mAh.

Malah ia juga turut dilengkapi dengan teknologi pengecasan pantas Huawei Quick Charge dengan sokongan output 5V2A dan 9V2A.

 

#6 Rakaman Video 4K Stereo

Jika dilihat di pasaran bagi kategori smartphone yang dijual pada harga di bawah RM2000, tidak banyak peranti yang hadir dengan sokongan rakaman video berkualiti 4K. Tidak cukup dengan itu, ia juga berupaya merekod audio berkualiti stereo yang sudah tentunya mampu memberikan hasil rakaman video yang lebih baik secara keseluruhannya.

Jika anda merasakan rakaman video 4K akan menggunakan ruang storan yang besar, ia juga turut hadir dengan rakaman video berkualiti 1080p stereo pada 60fps.

 

#7 Teknologi VR

Honor 8 Pro yang menyokong paparan berkualiti 2K ini sememangnya sangat sesuai dalam memastikan pengalaman terbaik untuk teknologi VR. Malah Honor juga turut menyediakan aksesori kadbod VR di dalam pakej pembelian dan juga aplikasi pra-pasang Jaunt yang menawarkan kandungan VR yang eksklusif.

Ini bermakna anda berupaya menikmati video 360° yang mana terasa seperti anda berada di dalam video itu sendiri.

 

ZON UJIAN

Untuk ruangan ujian ini, kami akan membandingkan Honor 8 Pro dengan beberapa buah model smartphone yang ada terjual di pasaran tempatan iaitu HTC U Play, Samsung Galaxy A7 (2017), Sony Xperia XA1 Ultra dan juga Meizu Pro 6 Plus.

Kami telah memilih 4 model ini sebagai pesaing untuk Honor 8 Pro berdasarkan kepada dua kriteria utama iaitu harga jualan di bawah RM2000 atau lebih tepat antara RM1899 hingga RM1999, dan juga merupakan model yang diperkenalkan pada tahun 2017.

 

UJIAN 1 : PRESTASI BENCHMARK

Berdasarkan kepada ujian prestasi benchmark yang telah dijalankan ini, jelas dapat dilihat bahawa Honor 8 Pro menawarkan prestasi yang sangat berkuasa dan jauh meninggalkan pesaingnya yang lain.

Jadi sekiranya anda sangat mementingkan aspek prestasi untuk tujuan multi-tasking ataupun memainkan permainan dengan grafik tinggi, tidak dapat disangkal lagi bahawa Honor 8 Pro merupakan pilihan yang sangat berbaloi untuk dimiliki.

 

UJIAN 2 : KUALITI PAPARAN

Dari segi kualiti paparan pula, Honor 8 Pro bukanlah yang terbaik dari segi tahap keterangan, kontras dan juga suhu warnanya. Tetapi itu tidak bermakna ianya tidak bagus atau berkualiti kerana ia tidak begitu jauh berbeza kualitinya jika dibandingkan dengan pesaingnya yang lain.

Malah sokongan paparan 2K atau QHD dengan resolusi mencecah sehingga 1440 x 2560 piksel ini, imej yang dipaparkan kelihatan sangat jelas dan terang sekali.

 

UJIAN 3 : KEPANTASAN KAMERA

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa aspek penggambaran Honor 8 Pro sememangnya sukar untuk ditandingi kerana ia bukan sahaja sangat pantas dan dalam masa yang sama mampu menghasilkan hasil gambar yang berkualiti.

Malah sokongan dwi lensa beresolusi 12 Megapiksel yang masing-masing menyokong lensa RGB dan Monokrom ini merupakan keunikan dan juga keistimewaan utama Honor 8 Pro berbanding pesaingnya dalam kelas harga yang sama.

 

UJIAN 4 : KELANTANGAN SPEAKER

Untuk pengetahuan anda, kesemua model yang diperbandingkan ini menyokong speaker berkualiti mono melalui satu speaker sahaja. Berdasarkan kepada keputusan yang diperolehi, Honor 8 Pro menawarkan kelantangan bunyi yang terbaik terutamanya apabila muzik dimainkan dan ini sememangnya sangat sesuai untuk anda yang mementingkan aspek bunyi speaker yang kuat untuk mendengar lagu, atau menonton video.

 

UJIAN 5 : BATERI

Walaupun Honor 8 Pro menyokong kapasiti bateri paling besar berbanding pesaingnya yang lain, ketahanan baterinya boleh dikatakan agak mengecewakan kerana ketahanan baterinya adalah lebih rendah terutamanya jika dibandingkan dengan Sony Xperia XA1 Ultra yang hanya menyokong kapasiti bateri 1300mAh lebih rendah darinya. Pada pendapat kami ia mungkin disebabkan oleh paparan skrin berkualiti 2K yang disokong oleh Honor 8 Pro.

Ketahanan Bateri

Kepantasan Mengecas Bateri

Sungguhpun begitu, kepantasan mengecas bateri berkapasiti 4000mAh pada Honor 8 Pro ternyata sangat pantas jika dibandingkan dengan masa yang diambil oleh pesaingnya yang lain.

KUALITI PENGGAMBARAN

Lampu LED
Bunga
Bangunan (HDR)
Bangunan (Malam)
Mod Beauty
Mod Bokeh

 

KOMEN

PRO
  • Harga yang sangat berbaloi dengan sokongan spesifikasi antara yang terbaik boleh anda miliki di pasaran.
  • Rekaan premium dengan paparan skrin 2K dengan permukaan 2D serta panel logam belakang dengan sokongan dwi lensa.
  • Kualiti penggambaran yang sangat baik setanding dengan keupayaan kamera smartphone premium yang jauh lebih mahal.
  • Walaupun menyokong kapasiti bateri yang sangat besar, ia mampu dicas dengan sangat pantas dengan sokongan teknologi Huawei Quick Charge.
  • Prestasi pemproses yang sangat lancar, tambahan pula ia menyokong RAM berkapasiti mencecah sehingga 6GB.
  • Pakej pembelian yang menarik kerana turut disertakan sekali dengan kotak VR.

KONTRA
  • Ketahanan bateri yang agak sederhana bagi sebuah smartphone dengan sokongan bateri berkapasiti 4000 mAh.
  • Walaupun tampil dengan dwi kamera, ia tidak menyokong teknologi penstabilan OIS.
  • Tidak menyokong aplikasi radio FM terbina-dalam.
  • Kualiti audio yang agak sederhana.

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here