Pengguna U Mobile Boleh Strim Dota 2 Malaysia Di Astro eGG Secara Percuma

586
**********

Seperti yang sudah diketahui U Mobile sedia menyediakan Video-Onz kepada para pelanggannya. Pengguna U Mobile bebas menstrim pelbagai kandungan video di Youtube, Facebook, Netflix, iflix, viu, Hype TV, dan lain-lain dengan bebas tanpa had.

Dalam masa yang sama, pada 21 Oktober 2017 (esok) akan bermula Liga e-Sukan terbesar Malaysia yang menampilkan pertandingan Dota 2. Seiring dengan acara ini, para pelanggan U Mobile boleh menonton rancangan secara langsung ini sepanjang ia diadakan. Penstriman percuma ini boleh dinikmati menerusi internet berkelajuan tinggi U Mobile.

MESL (Malaysia E-Sport League) akan berlangsung dari 21 Oktober 2017 sehingga 21 Januari 2018 yang menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM500,000. Manakala, juara pasukan akan diberikan hadiah tambahan RM50,000 jika kesemua mereka merupakan pelanggan U Mobile.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here