Kamera Galaxy Note8 Setaraf iPhone 8 Plus Dalam Ujian DxOMark

958
**********

Bulan lepas kita telah melihat iPhone 8 Plus menduduki tempat pertama dalam carta DxO dengan markah keseluruhan 94 melebihi dua markah berbanding adiknya iPhone 8. Baru-baru ini DxO Labs turut menjalankan ujian terhadap sensor kamera pada Samsung Galaxy Note 8 dan mendapati prestasi dwi kamera tersebut juga agak baik sekali.

Galaxy Note 8 juga menjadi telefon pintar yang pertama menerima skor penuh 100 markah dalam rakaman gambar, manakala untuk rakaman video hanya mendapat 84 markah. Prestasi dalam merakam gambar telah disumbangkan oleh kebolehan 4x zoom dan noise yang rendah dalam persekitaran yang malap. Selain itu, kepantasan autofocus juga membantu gambar diambil dengan lebih terperinci walaupun berada di dalam bangunan.

Hasil gambar dari Galaxy Note8

Kekurangannya pula, efek bokeh yang dihasilkan tidaklah begitu jelas termasuklah ciri dynamic range yang terhad. Sementara, untuk rakaman video, Galaxy Note8 memiliki keupayaan untuk mengoptimumkan cahaya masuk dan menstabilkan kontra warna – terima kasih kepada sistem penstabilan imej (OIS) di kedua-dua belah sensor.

Perbezaan antara gambar Galaxy Note8 (kiri) dan Google Pixel

Dengan adanya platfom ujian kamera DxoMark, prestasi kamera Galaxy Note 8 kini berjaya diletakkan bersebelah dengan iPhone 8 Plus. Sebelum ini, Google Pixel juga pernah menduduki tempat teratas dalam carta tersebut. Di masa akan datang, kami yakin generasi kedua Pixel bakal merubah carta ini, ya atau tidak kita tunggu dan lihat.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here