Ini Adalah Pixel 2 Dan Pixel 2 XL

888

Ketibaan Google Pixel 2 dan Pixel 2 XL ke dalam arena telefon pintar makin hampir. Sebelum ini, beberapa imej yang tertiris masih lagi diragui tetapi apa yang diperlihatkan hari ini kemungkinan besar adalah rupanya yang sebenar.

Google Pixel 2

Pixel 2 yang mewakili saiz sederhana hadir dengan skrin 5 inci HD penuh, sementara Pixel 2 XL dilengkapi paparan 18:9 bersaiz 6 inci QHD. Apa yang menjadi daya tarikan ialah peranti ini dimuatkan dengan speaker stereo di sebelah depan dan di belakang sebuah sensor kamera 12 Megapiksel turut dibekalkan.

Kedua-dua peranti ini akan dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 835 bersama RAM 4GB atau 6GB dengan storan seluas 128GB. Pixel 2 mungkin akan memiliki tanda harga USD650 (RM2,747) atau lebih mengikut saiz storan. Manakala, Pixel 2 XL sekitar USD850 (RM3,592) sebuah.

Google Pixel 2 XL

Walaupun memiliki tanda harga yang premium, konfigurasi skrin masih lagi meninggalkan bingkai yang tebal beserta sistem kamera utama tunggal. Dilaporkan, Goolge Pixel 2 dan Pixel 2 XL akan mula dijual di pasaran AS bermula 15 November kelak.

Baca juga : Reviu Eksklusif: Menguji Kemampuan Kamera Google Pixel

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here