Ini Adalah Hasil Gambar Swafoto Menggunakan OPPO F5

1163
**********

Seperti kebiasaan, jenama seperti OPPO ini akan berkongsi sedikit sebanyak berkenaan telefon pintar mereka sebelum hari pelancaran. Berbaki beberapa hari sahaja lagi, OPPO F5 akan diperkenalkan di pasaran Malaysia dengan ciri-ciri yang menarik.

Jenama OPPO yang sering menfokuskan fungsi kamera depan kali ini sangat yakin akan keupayaan kamera depan OPPO F5. Ia dikatakan menggunakan kamera yang dinaik taraf dengan menempatkan sensor 20 Megapiksel f/2.0 di sebelah depan.

Ayda Jebat mencuba kamera depan 20MP

Melalui hasil gambar yang diambil oleh duta OPPO iaitu Ayda Jebat dan Fattah Amin, boleh dilihat kamera swafoto OPPO F5 menawarkan kualiti imej yang baik serta jelas.

Mod potret pada gambar Fattah Amin

Selain itu, kamera depan ini menyokong efek bokeh yang mengaburkan latar belakang serta penggambaran dalam persekitaran yang malap masih boleh menghasilkan gambar yang tajam.

Walau bagaimanapun, tiada maklumat lanjut mengenai jenis sensor yang digunakan malah pemprosesan imej juga berkemungkinan telah dikemas kini. Apa-apa pun kita tunggu sahaja majlis pelancaran pada 2 November 2017 ini.

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here