Honor 8 Pro Kini Sokong Mobile Legends Pada 60 FPS

793
**********

Ini adalah berita baik kepada pemain Mobile Legends di peranti honor 8 Pro, permainan MOBA (multiplayer online battle arena) paling popular di dunia kini lebih menarik untuk dimainkan kerana ia telah mendapat kemas kini daripada pembangun.

Khusus untuk peranti honor 8 Pro sahaja, Mobile Legends kini lebih lancar kerana sistem perisian pada permainan ini telah dinaik taraf malah ia lebih berkuasa menerusi sokongan 60 FPS (bingkai sesaat). Sekaligus, menjadikan pergerakan watak juga lebih pantas dan lebih tepat.

Selain itu, dikatakan paparan visual kini lebih realistik serta membolehkan pemain beraksi dengan lebih awal berbanding pemain yang menggunakan FPS biasa. Di samping itu, sistem audio juga telah dipertingkatkan bagi memberi hiburan yang lebih nyata kepada pengguna honor 8 Pro.

Permainan Mobile Legends di dua platfom iOS dan Android telah mencatatkan lebih 70 juta muat turun. Jadi, jika anda seorang pemain Mobile Legends, honor 8 Pro adalah peranti yang paling sesuai untuk dimiliki.

Honor dan Mobile Legends telah bekerjasama semenjak honor 8 Pro dihasilkan. Peranti yang berprestasi tinggi ini boleh dibeli pada harga RM1,999 di pengedar sah honor seluruh Malaysia dengan pilihan warna biru dan hitam.

honor 8 Pro Akan Menerima Android Oreo Tidak Lama Lagi

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here