EMUI Berkongsi Angka Sama Seperti Android 8.0

758

Dalam acara pelancaran Huawei Mate 10, Mate 10 Pro, dan Mate 10 Porsche Design, Huawei turut mengumumkan beberapa peranti lain juga akan mendapat kemas kini EMUI 8.0 di masa akan datang.

Model seperti Mate 9, Mate 9 Pro, Mate 9 Porsche Design, ketiga-tiga peranti ini akan mula dioperasikan terlebih dahulu berbanding model siri-P yang lain.

Antaramuka terbaru ini mendapat loncatan angka daripada 5 terus kepada 8. Ini kerana, Huawei berpendapat angka yang selari ini tidak akan mengelirukan pengguna. EMUI terbaru ini juga lebih pantas dalam membuka aplikasi selain ia mencatatkan peningkatan prestasi sebanyak 12%.

Terdapat beberapa ciri baru yang diperkenalkan di dalam EMUI 8.0, seperti contoh menawarkan ciri split-screen – membuka dua aplikasi pada waktu yang sama. Selain itu, ia juga lebih mesra pengguna dengan menyokong tapisan sinaran biru pada skrin mengikut persekitaran semasa.

Huawei menambah, kemas kini keselamatan akan dikeluarkan untuk peranti Huawei kelas atasan setiap bulan manakala dua bulan sekali untuk peranti kelas pertengahan sementara, peranti kelas permulaan akan dikemas kini setiap tiga bulan.