Celcom OleOle – Beri Hadiah Kepada Kenalan Segalanya Di Hujung Jari

1323
Zalman Aefendy (kanan) melancarkan OleOle

Celcom komited dalam menyediakan kemudahan di hujung jari kepada para pelanggannya. Hari ini dengan memperkenalkan OleOle, pengguna pascabayar dan prabayar Celcom mampu menggembirakan orang yang tersayang dengan menghadiahkan e-baucar dari pelbagai jenama.

Celcom turut bekerjasama dengan World Of Gifts (WOGI), ia memberikan pengguna pilihan sama ada untuk memilih jenama dari platfom seperti gedung beli-belah, fesyen dan pakaian, kesihatan dan kecantikan, permainan mudah alih, mahupun pek tambah nilai pelan internet Celcom termasuklah Video Walla, Music Walla, dan banyak lagi.

Pengguna yang membeli e-hadiah sebagai pemberian kepada pengguna Celcom yang lain, mereka boleh terus menebus e-baucar ini secara atas talian daripada rakan eksklusif Celcom seperti FashionValet, Lazada, Melissa, Something Borrowed, Z Gold Mol Points, Zalia, Zalora pada bila-bila masa di mana jua. Jenama seperti FAVE, TaoBao, Klook, dan lain-lain akan turut serta tidak lama lagi.

3-langkah mudah untuk menghantar e-baucar kepada kenalan

Bagi yang belum pernah mencuba, anda boleh memuat turun aplikasi MyCelcom dan Xpax dari Playstore dan App Store selain ia terhad kepada pengguna Celcom sahaja. Dalam masa yang sama, Celcom turut menyediakan RM20,000 nilai e-baucar sehari secara percuma malah, 20 pengguna terawal mereka berpeluang menerima e-hadiah bernilai RM1,000 setiap hari.

Perkongsian OleOle kini boleh didapati dengan nilai RM10, RM20, RM30, RM50, dan RM100. Semua transaksi akan dicaj terus ke dalam akaun pemberi dan kredit akan ditolak untuk pengguna prabayar. Penawaran ini berlangsung hari ini sehingga 29 Oktober depan. Setiap transaksi akan dicaj RM0.50, dan pengguna yang membuat Request e-gift pula akan dikenakan bayaran RM0.20.

Untuk maklumat lanjut mengenai OleOle, anda boleh layari laman sesawang rasmi Celcom dan Xpax hari ini.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here