Acer Swift 3 Diumumkan Dengan Harga RM4,299 – Lengkap Dengan Kad Grafik GeForce MX150

830

Dalam pengenalan Acer Spin 5, Acer Malaysia juga telah mengemas kini model Swift 3 mereka. Dalam pengumuman yang dibuat, Acer Swift 3 kini hadir dengan sistem grafik terbaru dan berprestasi.

Laptop dengan reka bentuk yang formal ini hadir dengan paparan bersaiz 15.6 inci beresolusi 1920 x 1080p HD penuh. Prestasi Swift 3 tidak boleh dipandang rendah kerana ia dikuasakan oleh CPU Intel Core i5 Gen-8 yang dibantu RAM 8GB DDR4 serta storan dalaman SSD 256GB.

Kad grafik terbaru yang dimasukkan pula ialah NVIDIA GeForce MX150 yang turut disertakan bateri yang mampu menyediakan kuasa sehingga 10 jam. Laptop ini mudah untuk dibawa ke mana-mana oleh kerana ia rekaannya yang setebal 18.9 mm UltraThin diikuti kerangka logam yang slik.

Acer Swift 3 akan ditawarkan dengan pilihan warna Stellar Blue dan Steel Grey pada harga RM4,299 seunit

2 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here