Acer Malaysia Perkenalkan Spin 5 – Laptop Serba Boleh Pada Harga Bermula RM3,599

576
**********

Acer Malaysia baru sahaja memperkenalkan beberapa siri laptop terbaru ke pasaran tempatan salah satunya ialah Acer Spin 5, sebuah laptop yang direka untuk kegunaan seharian.

Ia hadir dengan dua model dengan dua saiz skrin yang berbeza. Kedua-duanya menggunakan paparan IPS bersaiz 13.3 dan 15.6 inci beresolusi HD penuh, ia dilengkapi dengan pemproses Intel Core i5/i7 bersama memori RAM 8GB sehingga 16GB dan storan seluas 256GB jenis SSD.

Untuk versi 15.6 inci, ia dimuatkan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 sekaligus lebih lancar untuk digunakan dalam permainan video, menyunting gambar, atau tugasan multimedia yang lain. Bateri yang dibina menyediakan bekalan kuasa sehingga 13 jam dengan sekali pengecasan.

Menariknya, laptop ini hadir dengan rekaan yang ergonomik serta ringan selain ia boleh dilipat atau dipusingkan sehingga 360 darjah. Malahan, speaker Dolby Audio Premium yang ditawarkan akan kekal menghadap pengguna walaupun dilipat. Di bahagian pemuka papan kekunci, terdapat pengimbas cap jari untuk tujuan keselamatan.

Acer Spin 5 akan mula dipasarkan di Malaysia tidak lama lagi dengan harga RM3,599 dan RM4,399 untuk model 13.3 inci sementara model 15.6 inci berharga RM4,999 seunit.

2 KOMEN

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here