7 Cara vivo Menyambut Deepavali

787
**********

Tidak lama lagi seluruh kaum Hindu di Malaysia akan menyambut hari Deepavali. Bersempena meraikan perayaan cahaya ini, vivo Malaysia dengan berbesar hati menganjurkan beberapa aktiviti serta promosi kepada anda semua. Oleh itu, ada tujuh keajaiban yang akan dibawa oleh vivo untuk mewarnai sepanjang bulan ini.

1. FIFA Russia 2018 Giveaways

Bermula 12 Oktober sehingga 22 Oktober 2017, pelanggan yang membeli vivo V7+ di mana-mana kedai konsep vivo, Senheng, SenQ, Courts, atau Harvey Norman akan membawa pulang beg galas edisi terhad FIFA Russia 2018 secara percuma.

Manakala, melalui gedung atas talian Lazada, 11street, Shopee, Shoppu, dan PGMall, anda boleh menikati promosi seperti berikut :

  • Beli vivo Y25 (RM459) dan dapatkan pelindung skrin (tempered glass).
  • Beli vivo Y53 (RM599) dan dapatkan pelindung skrin (tempered glass) serta sarung kulit boleh lipat.
  • Beli vivo Y55s (RM799) dan dapatkan selfie stick
  • Beli vivo Y69 (RM999) dan dapatkan thermo-flask edisi terhad
  • Beli vivo V5 (RM1099) dan dapatkan rebat tunai RM100
  • Beli vivo V5s (RM1299) dan dapatkan VR Box
  • Beli vivo V7+ (RM1499) dan dapatkan thermo-flask edisi terhad

2. Bual-bicara secara langsung bersama Janna Nick

Janna Nick akan mengacara program bual-bicara mengenai vivo V7+ dan kehidupan sebagai selebriti secara langsung di laman Facebook rasmi vivo. Dua pemenang akan dipilih oleh Janna sendiri untuk menerima baucar Air Asia Travel bernilai RM2,000. Selain itu, lima utas jam tangan G-shock dan cenderahai yang ditandatangani oleh Janna Nick juga akan diberikan semasa sesi berkenaan.

3. Peraduan Selfie Wonder 7 Vivo V7+

Untuk menyertai, pelanggan harus mengambil swafoto berlatar belakang papan iklan dengan tanda “7” dan kongsikan ia di ruangan komen peraduan menerusi laman Facebook vivo Malaysia. Peserta perlu meletakkan pos berkenaan sebagai ‘Public’ dan pemenang akan dipilih setiap minggu bermula 16 Oktober sehingga 31 Oktober 2017.

4. Pengalaman Diwali bersama vivo V7+

vivo akan mengadakan Diwali Selfie Experience di Batu Caves pada 18 Oktober 2017 pada pukul 9.30pg sehingga 1 petang. Di sana anda berpeluang untuk mendapatkan cenderahati eksklusif vivo bersama tandatangan Janna Nick.

5. Kongsi Video vivo V7+

Anda hanya perlu ‘Kongsi’ video di sebalik tabir Akademi Fantasia Megastar di laman rasmi Facebook vivo Malaysia dan ‘Menang’ hadiah eksklusif daripada Akademi Fantasia. Tiga pemenang akan diumumkan hari Isnin berikutnya.

6. Teka Pemenang Akademi Fantasia

Anda perlu meneka siapakah juara Akademi Fantasia musim ini dan seorang pemenang bertuah akan dipilih untuk membawa pulang telefon pintar vivo V7+ terbaru.

7. Pelancaran rasmi vivo Y69

Terakhir sekali, vivo memperkenalkan peranti terbaru vivo Y69 di Malaysia dengan menawarkan spesifikasi pertengahan. Vivo Y69 boleh didapati dengan pilihan warna Hitam dan Emas pada harga RM999 sebuah.

Ia dilengkapi pemproses MediaTek MT6570, RAM sebesar 3GB dan storan 32GB. Kamera pula dibekalkan sensor 13 Megapiksel di belakang dan 16 Megapiksel di bahagian depan. Dikuasakan oleh Android 7.0 Nougat peranti ini turut dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3,000mAh.

vivo Y69 Dibawa Masuk Ke Pasaran Tempatan Pada Harga RM999

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here