**********

Jika anda peminat setia kami, tentunya pernah terbaca tutorial yang mengajar pembaca di luar sana bagaimana caranya untuk memasukkan add-on pada aplikasi Kodi yang telah dipasang di dalam peranti Android anda. Baru-baru ini aplikasi Kodi untuk peranti Android telah menerima kemas kini terbaru dengan kemunculan versi 17 Krypton dan telah menampilkan pembaharuan pada persembahan antaramukanya secara keseluruhan.

Baca Juga:

Tidak dinafikan lagi bahawa antaramuka terbaru ini sememangnya kelihatan lebih menarik jika dibandingkan dengan versi sebelumnya, tetapi disebabkan pembaharuan ini jugalah proses pemasangan add-on tidak lagi sama seperti sebelum ini. Jadi sekiranya anda berminat untuk menonton penstriman pelbagai filem atau siri TV kegemaran dan terbaru, jom kita sama-sama memasang aplikasi Kodi 17.3 Krypton dengan sokongan add-on yang paling popular iaitu Exodus…

 

Apa bezanya Kodi dengan aplikasi penstriman video yang lain?!

Berbeza dengan aplikasi penstriman video yang lain seperti Netflix ataupun iflix yang membolehkan pengguna untuk terus menonton filem ataupun siri TV sebaik sahaja mereka mendaftar masuk, Kodi ternyata lebih rumit pemasangannya. Ini kerana anda perlu memasang add-on yang diingini secara manual terlebih dahulu bagi membolehkan koleksi filem dan juga siri TV dimainkan. Walaupun proses pemasangan Kodi boleh dikatakan agak rumit, sebenarnya ia memiliki beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh aplikasi penstriman video yang lain.

  • Kandungan lebih banyak dan tidak terhad pada kandungan yang disediakan oleh pembangun sahaja
  • Percuma dan tiada sebarang yuran langganan
  • Akses filem terbaru yang sedang ditayangkan di panggung wayang
  • Memainkan pelbagai media digital seperti tv, filem, muzik, podcast, gambar, slideshow dan banyak lagi

 

PROSES 1 : PEMASANGAN APLIKASI KODI 17 KRYPTON

Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memuat turun aplikasi Kodi 17 Krypton secara percuma di Google Play Store. Tetapi perlu diingatkan bahawa aplikasi Kodi 17 Krypton ini hanya boleh dipasang pada peranti Android 5.0 Lollipop dan ke atas sahaja. Selain itu, aplikasi ini juga agak besar saiznya iaitu melebihi 80MB dan ini tidak termasuk dengan fail lain yang mana boleh mencecah sehingga lebih dari 200MB.

 

PROSES 2.1 : KAEDAH PEMASANGAN ADD-ON 1

01> Sebaik sahaja aplikasi Kodi 17 Krypton berjaya dimuat turun pada peranti Android anda, akses aplikasi tersebut dan klik pada ikon kedua iaitu tetapan yang terletak di sebelah kiri atas paparan.

02> Kemudian klik pula pada menu System settings.

 

03> Seterusnya klik pada menu Add-ons di bahagian kiri tetingkap dan aktifkan menu Unknown sources.

04> Sebaik sahaja menu tersebut diaktifkan, terdapat tetingkap mesej amaran yang akan dipaparkan pada skrin. Klik sahaja pada butang yes.

 

05> Kembali semula ke paparan sebelumnya dengan menekan butang Back pada peranti Android anda. Kemudian pilih menu File manager.

06> Klik pada menu Add source.

 

07> Satu tetingkap baru akan dipaparkan dan anda perlu klik pada ruangan biru yang bertanda <None>.

08> Kemudian taip “http://fusion.tvaddons.ag/” dan klik pada butang OK.

 

09> Seterusnya klik pula pada ruangan teks ‘Enter a name for this media source.’, taip apa-apa nama yang anda inginkan dan klik butang OK. Sebagai contoh, editor memasukkan Fusion.

10> Untuk menyimpan tetapan tadi, klik butang OK.

 

11> Kembali semula ke paparan utama dengan menekan butang Back pada peranti Android anda dan klik pada menu Add-ons yang terdapat pada tetingkap sebelah kiri.

12> Klik pada ikon pertama yang berbentuk kotak (Package Installer).

 

13> Pilih menu Install from zip file.

14> Klik pada menu Fusion yang terdapat pada senarai.

 

15> Kemudian klik pada sub-menu kodi-repos.

16> Diikuti dengan sub-menu english.

 

17> Selepas itu pilih pula sub-menu repository.exodus-2.0.0.zip dan klik butang OK.

18> Tunggu proses pemasangan add-on dijalankan dan ianya berjaya dipasang apabila terpapar notifikasi Exodus repository – Add-on enabled.

 

19> Seterunya pilih menu Install from repository

20> Diikuti dengan menu Exodus repository.

 

21> Pilih menu Video add-ons.

22> Klik pada menu Exodus.

 

23> Klik pada butang Install.

24> Pilih salah satu daripada menu yang ada iaitu Version 3.1.16.

 

25> Kini proses muat turun akan dijalankan dan kelajuan muat turun fail bergantung kepada kelajuan serta kestabilan Internet anda.

26> Kembali semula ke paparan utama dan kini di bahagian Add-ons anda sudah boleh melihat Video add-ons dari Exodus telah berjaya dipasang.

 

PROSES 2.2 : KAEDAH PEMASANGAN ADD-ON 2

PERHATIAN!

Sekiranya kaedah pemasangan add-on 1 tidak berjaya, anda boleh mengikuti proses pemasangan add-on Exodus alternatif ini bagi membolehkan anda untuk memasangnya tanpa perlu menggunakan Fusion. Jadi anda perlu mengikuti langkah-langkah yang sama seperti yang ditunjukkan pada PROSES 2.1 iaitu dari Langkah 1 hingga Langkah 7.

 

01> Taip “https://cazwall.com/repo/” dan klik pada butang OK.

02> Seterusnya klik pula pada ruangan teks ‘Enter a name for this media source.’, taip apa-apa nama yang anda inginkan dan klik butang OK. Sebagai contoh, editor memasukkan Cazwall.

03> Kembali semula ke paparan utama dengan menekan butang Back pada peranti Android anda dan klik pada menu Add-ons yang terdapat pada tetingkap sebelah kiri.

 

04> Klik pada ikon pertama yang berbentuk kotak (Package Installer).

05> Pilih menu Install from zip file.

06> Klik pada menu Cazwall yang terdapat pada senarai.

 

07> Kemudian klik pada sub-menu .Repository (Click Here).

08> Diikuti dengan sub-menu repository.simplycaz-1.0.1.zip.

09> Tunggu sehingga notifikasi Simply Caz Repo – Add-on installed terpapar dan selepas itu pilih menu Install from repository.

 

10> Klik pada menu Simply Caz Repo.

11> Seterunya pilih menu Video add-ons.

12> Tatal paparan skrin dan cari add-on Exodus dan klik.

 

13> Klik butang Install.

14> Tunggu proses muat turun fail dijalankan.

15> Apabila proses muat turun dan pemasangan telah berjaya 100%, kembali semula ke halaman utama dan anda boleh melihat add-on Exodus akan dipaparkan.

 

PROSES 3 : PENGAKTIFAN SARIKATA

01> Klik pada add-ons Exodus pada halaman utama

02> Pilih menu Tools.

03> Klik pada menu SETTINGS : Subtitles

 

04> Pilih menu Subtitles dan aktifkan fungsi sarikata dengan menekan butang Enable subtitles.

05> Di bahagian Primary Language, anda boleh klik pada ruangan itu untuk memilih bahasa apa yang akan dipaparkan pada sarikata. Klik butang OK apabila selesai.

 

06> Kini sarikata akan dimainkan secara automatik apabila video dimainkan.

07> Anda boleh klik pada ikon ketiga di bahagian bawah kanan paparan untuk mengubah bahasa, melaras audio dengan sarikata agar seiring, dan penukaran sumber sarikata juga boleh dibuat dengan cara klik pada menu Toggle Language.

 

~ITU SAHAJA~

~SELAMAT MENCUBA~

 

1 komen

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here