HARGA: RM2,388 (6GB) i RM2,688 (8GB)

Sejak ditubuhkan pada tahun 2013, model demi model yang dikeluarkan oleh syarikat OnePlus, China ini adalah yang pertama dilengkapi dengan sistem dwi kamera. Menurut pengasas OnePlus, Pete Lau dan pasukannya bekerja keras dalam usaha membangunkan teknologi kamera dan pemprosesan gambar pada OnePlus 5. Selepas kegagalan untuk melaksanakan paparan hadapan penuh tanpa butang, beliau menggantikan projek itu dengan fungsi dwi kamera. Baginya, pengguna masa ini lebih mengutamakan penggambaran berbanding ciri lain.

OnePlus yang telah mendapat tempat di hati peminat kini tampil dengan rekaan unibodi menggunakan bahan aluminium dengan potongan badan yang lebih mudah untuk digenggam. Bonggol kamera pada model terdahulu kini dikurangkan menjadikan peranti ini lebih rata apabila diletakkan. Kemasan warna pudar Slate Gray yang meliputi keseluruhan badan ini terasa premium dan berkualiti terutamanya pada butang alert pada sisi kiri peranti.

Perkakasan dalaman pula dimuatkan dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835 beserta RAM setinggi 6GB/8GB dan storan dalaman seluas 64GB/128GB. OnePlus 5 juga menyediakan Android 7.1.1 Nougat terbaru dan OS Oxygen 4.5.3 mengawal keseluruhan sisitem operasi dalamannya.

 

SPESIFIKASI RINGKAS…

Dimensi / Berat 154.2 x 74.1 x 7.25mm / 153g
Paparan AMOLED Optik 5.5” 1920 x 1080p (~401ppi)
Corning Gorilla Glass 5
Sistem Operasi Android 7.1.1 Nougat / Oxygen OS
Pemproses Qualcomm Snapdragon 835 / Octa-core 2.45GHz / Adreno 540
RAM / ROM 6GB/64GB & 8GB/128GB
Audio Pembesar suara tunggal / Fungsi pembatalan bunyi aktif
Wi-Fi / Bluetooth 802.11a/b/g/n/ac  / Bluetooth 5.0
NFC / USB NFC / USB Type-C 1.0
Bateri Li-Po 3,300mAh / pengecasan pantas DASH 4.0A
Sensor Pengimbas cap jari / accelerometer / gyro/ proximity / kompas
Warna Slate Gray / Midnight Black

 

 

Apa yang ada dalam kotak?

  1. Contoh gambar yang diambil dengan OnePlus 5
  2. Dash Charger
  3. Buku Manual
  4. Pin Ejektor
  5. Kabel USB Type-C
  6. Peranti OnePlus 5
  7. Kotak Pembungkusan

 

 

APA YANG OHSEM?!

Paparan dan Permainan yang Ohsem!

Bohong jika anda membeli sebuah smartphone dan tidak memuat turun satu game sekalipun. Jika benar, OnePlus menyediakan pengalaman permainan pada paparan AMOLED berteknologi optik sebesar 5.5 inci yang menyokong kualiti sehingga resolusi 1080p, walaupun tidak berkualiti 2K tetapi percayalah ia sudah cukup memadai.

Tapak tangan anda sering hangat dimasak oleh telefon pintar, tidak dengan OnePlus 5 kerana set cip yang dibekalkan sungguh membantu melancarkan permainan tanpa sebarang lag dan tersekat-sekat. Terima kasih diucapkan pada RAM setinggi 6GB/8GB, buka atau tutup seketika semasa bermain tidak menjadi masalah buat anda.

Ciri ini boleh digunakan terus dari butang alert di sisi peranti

 

Perkakasan yang Power!

Masuk ke ruang yang diliputi rangkaian Wi-Fi tidaklah sukar, tetapi untuk tunggu ia mendapat akses amat menjengkelkan. Oleh itu, OnePlus 5 dimuatkan dengan fungsi Wi-Fi terkini yang pastinya sambungan seperti kilat yang menyabar. Belum cukup dengan itu, fungsi Bluetooth pula menggunakan generasi ke-5 yang mampu menyambungkan pembesar suara tanpa wayar sehingga 50 meter di dalam rumah yang berdinding batu. Menarik bukan?!

Bateri Betul-Betul Puas!

Paparan skrin yang besar bukan lagi halangan buat OnePlus untuk terpadam di atas meja pejabat anda. Gunalah seharian untuk membuka laman sosial, ia masih lagi membekalkan bateri sehingga lewat malam. Di samping bateri berkapasiti 3,300mAh ini, ia juga menyokong pengecasan pantas Dash Charger yang menyalurkan kuasa sebesar 5V/4A sekaligus dapat mengisi bateri dengan begitu cepat sekali.

Dash Charger Output 5V/4A

Itulah teknologi Dash Charger oleh OnePlus dikategorikan antara yang terbaik boleh didapati di pasaran sekarang, ini sekaligus dapat menjimatkan masa mengecas sesuai kepada pengguna yang hardcore.

  • Peranti mula dicas daripada 1%
  • Selepas 15 minit bateri naik ke 29%
  • Selepas 41 minit bateri naik ke 75%
  • Selepas 1 jam 1 minit, peratusan bateri sekitar 91%
  • Bateri penuh 100% selepas hampir 1 jam 30 minit dicas

 

Ujian Benchmark!

**Nota! Ujian Benchmark dilakukan pada model OnePlus 5 versi RAM 6GB

Mengikut ujian benchmark Multi Core yang dijalankan, prestasi OnePlus 5 tidak mengecewakan, terus menjadikan OnePlus betul-betul flagship killer kepada Samsung Galaxy S8+. Tetapi untuk ujian Single Core, iPhone 7 Plus masih lagi menduduki tangga teratas, manakala LG G6 ketinggalan juah di belakang untuk semua ujian.

 

Lensa Yang Gempak!

Seperti yang dimaklumkan Pete Lau, kamera pada OnePlus 5 kali ini lebih berkualiti dan berprestasi tinggi. Ya betul, selepas pelbagai rakaman dibuat, ternyata Pete Lau sudah berjaya menghasilkan sensor kamera yang menepati citarasa untuk semua golongan pengguna.

Dwi kamera berkembar 16 Megapiksel dan 20 Megapiksel yang diletakkan melakukan setiap tugasan dengan baik sekali di dalam mahupun di luar bangunan. Tambahan lagi, pencahayaan yang terhad di malam hari tidak sesekali mengecewakan kerana dibantu oleh aperture serendah f/1.7 dan dwi flash LED.

Beralih ke lensa hadapan, pengguna tidak akan merungut apabila gambar yang diambil dari sensor 16 Megapiksel begitu terperinci seakan-akan ia diambil oleh kamera utama.

Kamera Utama Dwi 16MP / Aperture f/1.7 / 24mm / EIS (gyro) + 20MP f/2.6 / 36mm / PDAF / Auto focus / 1.6x zum optikal / Dwi flash LED / Sensor 1/2.8” geo-tagging / Face detection / HDR / Panorama
Video 720p / 1080p / 4K
Kamera Depan 16MP / Aperture f/2.0 / EIS / 1080p / auto HDR

 

 

Antaramuka Kamera Yang Kemas!

Sistem antaramuka yang dipaparkan pada mod penggambaran mudah difahami serta susunan dan aturan tidak begitu serabut.

1. Tekan lama ikon kamera untuk akses pantas kepada mod pilihan
2. Tetapan yang boleh diubah

3. Antaramuka kamera utama dan kamera depan
4. Tetapan mod beauty

5. Mod-mod yang disediakan
6. Antaramuka untuk mod profesional

7. Pilihan mod HDR, nisbah atau saiz gambar rakaman, waktu count down dan kualiti video

 

Contoh Gambar Yang Menarik!
Mod Standard
Mod auto ini sesuai mengambil gambar siang dengan sukatan cahaya yang seimbang
Mod Standard (telefoto)
Walaupun telah di-zum sehingga 3x, kenderaan di bawah masih lagi kelihatan jelas
Mod Potret
Efek potret menghasilkan gambar yang kemas dengan latar belakang yang kabur
Efek potret menghasilkan gambar yang kemas dengan latar belakang yang kabur
Mod Pro
Mod ini mudah dikendalikan walaupun anda bukan seorang yang profesional
Mod ini mudah dikendalikan walaupun anda bukan seorang yang profesional
Mod Panorama
Mod ini menyokong gambar pandangan lebar dengan lebih stabil
Mod ini menyokong gambar pandangan lebar dengan lebih stabil
Malam (Outdoor)
Kamera utama di malam hari tidaklah begitu baik sekali tetapi sekadar memuaskan
Malam (Indoor)
Kamera utama di malam hari tidaklah begitu baik sekali tetapi sekadar memuaskan
Selfie (Kamera Depan)
Warna pada gambar ini sedikit pudar tetapi masih neutral
Mod Beauty (Kamera Depan)
Dengan bantuan beauty pada tahap penuh, kualiti gambar sangat memuaskan.

 

KOMEN

Pro Kontra
  • Rekaan yang nipis dan mudah dipegang
  • Rekaan hampir kelihatan iPhone 7 Plus
  • Bateri yang tahan lama serta pengecasan yang pantas
  • Kekurangan mod pada kamera
  • Paparan AMOLED yang baik walaupun hanya beresolusi 1080p
  • Paparan skrin tidak melengkung dan kecerahan skrin hanya 435 (nits)
  • Speaker tunggal yang lebih kuat berbanding iPhone 7 Plus (stereo)
  • Bunyi efek bass yang kurang
  • Harga yang kompetitif untuk spesifikasi tinggi
  • Tiada slot tambahan untuk kad microSD

 

Rumusan…

Dalam jangka masa kami menggunakan OnePlus 5, peranti ini memberikan kepuasan yang optimum dengan kebolehan kamera yang tidak mengecewakan. Prestasi serta kelajuan peranti ini menarik liputan dan rangkaian Internet juga agak pantas, ditambah pula tiada sebarang lag yang tersekat-sekat walaupun banyak aplikasi dibuka.

Manakala jangka hayat bateri pula cukup untuk digunakan seharian dan sokongan pengecasan DASH Charge memberikan penjimatan masa. Oleh itu, anda yang sedang mencari telefon pintar dengan spesifikasi yang tinggi dengan harga yang rendah, OnePlus 5 adalah pilihan yang terbaik.