HARGA: 1,399

Siapa tidak kenal dengan jenama Klipsch yang terkenal dengan pengeluaran aksesori telefon pintar berkualiti tinggi seperti earphone, heardphone dan juga speaker wayarles. Terbaru, Klipsch telah memperkenalkan speaker terbaru mereka yang diberi nama Klipsch Heritage The One. Menampilkan rekaan kompak yang kelihatan lebih klasik dan mewah, ianya menawarkan kualiti audio yang sangat memuaskan.

Ia menggabungkan bahan-bahan mewah seperti kayu veneer dan sentuhan tembaga pada butang untuk speaker ini, yang bukan sahaja kelihatan mewah tetapi juga tahan lebih lama. Malah The One juga hadir dengan teknologi terkini, menawarkan kualiti bass yang lebih mendalam, kekuatan bunyi yang maksimum dengan speaker berkembar 2 1/4″ bersama 4.5″ woofer menjadikan masa hiburan mencecah sehingga lapan jam. Klipsch Heritage The One didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Walnut dan juga Ebony yang boleh dipilih mengikut kegemaran anda.

 

SPESIFIKASI RINGKAS…

  • Output: 103dB
  • Drivers: 2 1/4” (57.15mm) full range drivers
  • Subwoofer: 5” (114.3mm) woofer
  • Kuasa: 30 watts continuous @ <1% THD
    50 watts short-term peak power
  • Kepantasan Frekuensi: 56Hz ~ 20kHz @ –3dB
  • Sambungan: Bluetooth v4.0
  • Dimensi: 322 x 155.6 x 133mm
  • Berat: 86kg
  • Voltage: 110/240 VAC

 

Pakej Pembelian

Cara Sambungan
  1. Pilih Bluetooth dan ON
  2. Pusing butang ke logo Bluetooth sehingga keluar lampu berwarna putih
  3. Buka Bluetooth pada telefon pintar anda
  4. Pilih Klipsch Heritage The One
  5. Apabila berjaya disambungkan, lampu LED berwarna putih akan kelihatan.

▲ Menampilkan rekaan klasik yang kelihatan lebih mewah, sesuai dengan harganya.

▲ Pada bahagian atas terdapat beberapa butang kawalan yang terdiri daripada LED status bateri, butang kuasa, Bluetooth atau AUX serta kelantangan bunyi.

▲ Pada bahagian belakang speaker telah disediakan dengan port microUSB untuk mengecas serta port 3.5mm audio jack untuk sambungan headphone.

▲ Apabila kekurangan bateri, lampu merah akan dipaparkan dan ketika sedang mengecas pula lampu berwarna hijau akan menyala. Kemudian apabila selesai mengecas, lampu akan dipadamkan.

 

KOMEN

Tidak dinafikan, kualiti audio yang dihasilkan oleh speaker ini kedengaran lebih jernih dan lantang dengan bass yang mendalam. Walaupun hadir dengan rekaan kompak yang mampu menjimatkan ruang di dalam rumah anda, audionya mampu kedengaran di setiap penjuru rumah anda.

Rekaan klasik moden juga menjadi daya penarik speaker ini, di mana harga yang ditawarkan juga berpatutan. Kepada anda yang sedang mencari sebuah speaker dengan harga yang tidak terlalu mahal, Klipsch Heritage The One mungkin jawapannya!