Nubia Menghargai Pemenang Pingat Emas Taekwondo Malaysia Dalam Sukan SEA Ke-29

1105
- Iklan -

Atlet Malaysia, Yap Khim Wen, Chew Wei Yan, dan Rozaimi Rozali yang baru-baru ini memenangi pingat emas dalam acara seni mempertahankan diri Taekwondo telah dipanggil ke pejabat Nubia Malaysia di Kuala Lumpur. Pertemuan itu diadakan bagi meraikan kemenangan mereka bertiga dalam Sukan SEA yang ke-29.

Dalam majlis tertutup itu, pihak Nubia Malaysia sangat berbangga dengan pencapaian atlet kita khususnya peserta Taekwondo malah berbesar hati untuk memberikan sedikit hadiah kepada setiap seorang daripada mereka. Oleh itu, Nubia Malaysia telah menyerahkan sebuah telefon pintar terbaru Nubia M2 Black Gold yang bernilai RM1,599, sebuah powerbank dan cenderahati Nubia sebagai penghargaan.

Selepas upacara penyampaian hadiah, ketiga-tiga mereka dikehendaki mengambil gambar menggunakan kamera Nubia M2 untuk dikongsikan ke dalam Facebook rasmi Nubia Malaysia. Seperti yang sudah diketahui, Nubia juga telah melantik ikon bolasepak dunia Christiano Ronaldo sebagai duta rasmi jenama mereka sejak tahun 2016. Dalam masa yang sama, Nubia juga berharap sokongan ini akan diteruskan ke tahun hadapan dalam Sukan Asia ke-18 di Jakarta.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here