Kamera iPhone 8 dan iPhone 8 Plus Merangkul Tangga Teratas DxOMark

807

Penjualan iPhone 8 dan iPhone 8 Plus telah bermula pada Jumaat yang lalu, ramai diantara pengamal teknologi mengatakan kamera pada iPhone terbaru ini sangat mengagumkan. Oleh itu, DxO selaku penilai prestasi kamera telah mengeluarkan senarai dan keputusan kedudukan telefon pintar yang mempunyai prestasi kamera paling terbaik.

Kedudukan teratas yang dimiliki Google Pixel hari ini telah dirampas oleh iPhone 8 Plus dengan nilai skor 94 diikuti iPhone 8 dengan nilai skor 92, ia sekaligus meninggalkan Pixel yang terdahulu dengan nilai skor 90. Perbezaan antara dua iPhone ini juga disebabkan penggunaan dwi kamera pada model Plus.

Hasil gambar iPhone 8 (kiri) dan iPhone 8 Plus (kanan).

Iphone 8 Plus yang mempunyai “Imej Paling Berkualiti” dan “Peneraju-industri Mod Potret” juga telah menyumbang kepada skor tertinggi ini. Selain itu, peranti ini juga menduduki kedudukan teratas hampir dalam setiap kategori. Ia mempunyai efek bokeh dan zoom terbaik selain penggambaran dalam mod HDR. Penstabilan imej dan warna dalam rakaman video sangat baik termasuklah pengecaman wajah dalam lensa.

Ini jelas Apple telah meletakkan tumpuan yang sangat teliti dalam penghasilan sensor kamera iPhone mereka. Bagaimanapun perlu diingatkan, skor ini mungkin akan berubah selepas iPhone X dipasarkan pada bulan November kelak.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here