IFA 2017 : Lenovo Yoga 920 Dan Yoga 720 Diperkenalkan Dengan Fungsi Pen Pintar

866
- Iklan -

Lenovo yang terkenal dengan produk komputer ribanya kali ini hadir dengan Yoga 920 dan Yoga 720. Kebolehan komputer riba telah dinaik taraf, dahulunya komputer adalah alat untuk manusia dan peranti berinteraksi, hari ini Lenovo menganggap ianya sudah berubah kepada teknologi kecerdasan pintar, kini manusia sebenar mampu berinteraksi dengan manusia maya.

Yoga 920 ialah komputer riba serba boleh yang menyokong fungsi pen pintar bersama sistem keselamatan pengecaman suara dan biometrik. Oleh kerana ramai diantara kita menggunakan papan kekunci sebagai alat untuk mereka membentuk atau melukis, Yoga 920 kini menyediakan pilihan Active Pen 2 dengan Windows Ink sebagai jalan alternatif.

Ciri seperti Cortana pula membolehkan arahan suara dibuat dari jarak 4 meter untuk memberi arahan seperti menghantar e-mel, melayar internet, membuat pesanan di atas talian dan melancarkan aplikasi. Yoga 920 dikuasakan oleh Intel i7 Quad-core Generasi ke-8, Windows 10 dan paparan yang hampir tiada bingkai jenis IPS 4K bersaiz 13.9 inci menonjolkan lagi watak sebenarnya.

Dengan berat kerangka badan hanya 1.37kg, ia mampu dilipat sehingga 360 darjah melalui empat cara. Di bahagian sisi Yoga 920 terdapat bicu USB Type-C yang menyokong sambungan kepada pembesar suara pihak ketiga seperti contoh speaker sound bar.

Sementara itu, Lenovo juga memperkenalkan varian dengan skrin yang lebih kecil iaitu Yoga 720 bersaiz 12 inci. Direka dengan lebih nipis dan kompak, komputer riba ini juga dilengkapi dengan Active Pen, pengimbas cap jari, dan pembantu digital Cortana. Perisian yang terbaru Windows 10 pula memberikan kemudahan dan hiburan yang lebih imersif dengan pilihan kamera WorldView untuk pengimejan tiga dimensi.

Namun, setakat ini pihak Lenovo masih belum lagi mengumumkan harga dan ketersediaan kedua-dua varian ini untuk pasaran Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here