Dell Buka Kedai Eksklusif Di Plaza Low Yat Disamping Lancar Produk Terbaru

788
**********
(tiga dari kiri) Jarebb Chua, Pengurus Dell Malaysia dan Singapura

Dell sebuah jenama peralatan komputer yang sudah lama bertapak di Malaysia hari ini merasmikan kedai eksklusif mereka di salah sebuah pusat membeli-belah elektronik terkemuka ibu negara di Plaza Low Yat.

Lokasi yang terletak di depan pintu masuk utama dipilih sebagai destinasi ‘mudah akses’ kepada pengunjung tanpa perlu bersesak di dalam kompleks berkenaan. Pembukaan kedai rasmi ini juga akan memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih pelbagai produk terbaru dari Dell bersama jaminan yang tidak perlu diragukan lagi.

Dalam pada itu, pihak Dell juga berkesempatan memperkenalkan beberapa model komputer riba premium seperti Inspiron 15 7000 (7570), Inspiron 7000 2-in-1, Inspiron 13 5000 2-in-1, dan XPS 13 ke pasaran tempatan bermula pada harga RM4,449.

Baik kita mulakan dulu dengan model 2-dalam-1, ia direka khusus untuk memberikan kemudahan serta produktiviti yang serba lengkap kepada pengguna. Komputer riba yang dilengkapi dengan CPU terbaru Generasi ke-8 Intel Core menjanjikan pengalaman tambahan malah rekaan yang premium juga lebih fleksibel untuk digunakan.

Inspiron 13 7000 2-in-1

Seperti contoh, anda yang sering membawa komputer riba ke sana ke mari sangat dicadangkan untuk memiliki salah satu model ini. Ia boleh dilipat untuk dijadikan sebagai tablet di samping prestasinya masih dikekalkan pada tahap yang tertinggi. Paparan IPS juga dibina tanpa kehadiran bingkai yang tebal malah ia juga menawarkan fungsi sentuh untuk kegunaan pensel pintar.

Inspiron 15 7000

Sementara, bagi mereka yang lebih suka akan rekaan tradisional, Inspiron 15 7000 adalah pilihan yang ideal. Komputer riba yang memiliki saiz badan yang ramping ini menyediakan sistem keselamatan yang lebih canggih iaitu fungsi pengecaman muka untuk diakses. Masih mengekalkan CPU Generasi ke-8 Intel Core, ia dijual pada harga yang lebih rendah berbanding model 2-in-1.

Akhir sekali, Dell juga mengemas kini model terdahulu iaitu XPS 13 kepada 44% lebih berkuasa. Paparan QHD+ yang lebih jelas ini dimasukkan ke dalam skrin bersaiz 13.3 inci menjanjikan hiburan dan permainan yang lebih nyata. Walaupun saiz sbinaan yang kompak, XPS 13 masih menawarkan fungsi sentuh pada panel skrin, selain itu RAM setinggi 16GB tidak sesekali akan mengecewakan.

Harga dan model boleh lihat di bawah :

Inspiron 13 7000 2-in-1

  • Intel Generai ke-8 i5-8250U / i7-8550U
  • 8GB RAM / 256GB HDD
  • 13.3” FHD Touch
  • Intel UHD Graphic 620
  • Harga RM5,499 / RM5,899

Inspiron 15 7000

  • Intel Generasi ke-8 i5-8250U / i7-8550U
  • 4GB RAM / 128GB+1TB HDD, 8GB RAM / 256GB+1TB HDD
  • 15.6” FHD Non-Touch
  • NVIDIA GeForce 940MX 4GB GDDR5
  • Harga RM4,449 / RM5,499

XPS 13 2-in-1

  • Intel Generasi ke-8 i5-7Y54 / i7-7Y75
  • 8GB RAM / 256GB HDD, 8GB RAM / 512GB HDD
  • 13.3” FHD, 13.3” QHD Touch
  • Intel HD Graphic 615
  • Harga RM6,499 (FHD), RM6,899, RM7,999

XPS 13 (akan dijual bermula 6 Oktober)

  • Intel Generasi ke-8 i5-8250U / i7-8550U
  • 4GB RAM / 128GB SSD, 8GB RAM / 256GB SSD, 8GB RAM / 512GB SSD
  • 13.3” FHD Non-Touch, 13.3” QHD Touch
  • Intel HD Graphic
  • Harga RM4,999 (FHD), RM5,999, RM6,899, RM7,399

Selain itu, Dell juga menjual aksesori tambahan bermula pada harga RM219 sehingga RM639. Kesemua model mula dijual di kedai eksklusif Dell hari ini kecuali XPS 13 pada 6 Oktober kelak. Maklumat lanjut, sila layari Dell Malaysia.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here