12 Pasukan Telah Menyertai Pertandingan Mobile Legends Anjuran honor Malaysia

581
**********
peserta dilihat sedang asyik bermain

Semalam telah berakhirnya pertandingan permainan mudah alih paling popular di Malaysia iaitu Mobile Legends. Pertandingan yang dianjurkan oleh honor Malaysia pada hari minggu lalu telah diadakan di stor rasmi di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur. Kerjasama eksklusif diantara honor Malaysia dan Mobile Legends ini bertujuan untuk mengenalpasti peminat tegar di kalangan pengguna di Malaysia.

Seramai 60 peserta dari 12 kumpulan telah mendaftarkan diri pada awalnya. Pertandingan yang diadakan selama dua hari ini menawarkan hadiah utama wang tunai sebanyak RM1,500 bersama kamera VR 360 (bernilai RM599) setiap seorang. Selain itu, pasukan juara juga telah ditawarkan untuk beraksi di dalam perlawanan Piala Mobile Legends Asia Tenggara 2017 tidak lama lagi.

pertandingan juga diadakan secara santai

Bagi peserta yang tidak menang, mereka masing-masing diberikan hadiah saguhati merupakan barangan dari honor dan Mobile Legends. Manakala, peserta yang sudah mendaftar diri tetapi tidak berkesempatan untuk bermain, mereka diberikan produk Miya skin edisi terhad sebagai tanda penghargaan.

Honor 8 Pro yang dikuasakan oleh cip Kirin 960 dan cip grafik Mali-G71 menawarkan pengalaman permainan yang lancar dan pantas. Peranti yang dibekalkan dengan bateri sebesar 4,000mAh dijual pada harga RM1,999 dalam pilihan warna Navy Blue, dan Midnight Black.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here