Harga: RM 1,299

Sony sememangnya terkenal dengan headphones yang memiliki bunyi bass lebih lantang dari biasa. Terbaru, Sony menampilkan sebuah wayarles headphones dari siri h.ear on yang diberi nama MDR-100ABN. Ia merupakan sebuah headphones eksklusif di dalam siri ini, di mana memiliki neodymium driver 40mm tertutup dan dinamik, bersama diafragma EXTRA BASS eksklusif Sony. Ini sekali gus mampu menghasilkan audio yang kaya dengan bunyi bass. Lebih istimewa, headphone menyediakan teknologi Wireless Noise Cancelling yang mampu menghalang bunyi bising persekitaran.

Malah selain sambungan Bluetooth, anda juga boleh menggunakan satu sentuhan untuk mendengar muzik melalui NFC yang serasi dengan format AAC dan aptX untuk kualiti audio premium secara wayarles.

Menampilkan rekaan yang kompak, agar mudah dilipat dan disimpan apabila tidak digunakan. Manakala ear cup yang dihasilkan juga sangat lembut serta menggunakan material berkualiti agar lebih selesa jika ingin mendengar muzik dalam jangka masa yang lama. Dengan sekali isian penuh, MDR-100ABN boleh digunakan lebih lama iaitu 20 jam dan masa mengecas hanya 6 jam sahaja.

 

SPESIFIKASI…

  • Jarak sambungan:  meter
  • Masa penggunaan: 20 jam untuk penggunaan biasa
  • Masa mengecas: 6 jam
  • Driver Size: 40mm
  • Sensitiviti: (dB/mW): 103dB
  • Frekuensi: 5Hz – 40,000Hz (POWER ON) (Wired)
  • Impendence (OHM): 32ohms (POWER ON) (Wired) / 16ohms (POWER OFF) (Wired)
  • Berat: 260g

 

KOTAK PEMBUNGKUSAN

Sesuai dengan harganya yang mahal, Sony h.ear on Wireless NC (MDR-100ABN) bukan sahaja tampil dengan rekaan premium malah juga kotak pembungkusan yang menarik, ianya sesuai untuk dihadiahkan kepada orang tersayang.

 

SAMBUNGAN

Sony h.ear on Wireless NC (MDR-100ABN) menyokong dua sambungan berbeza sama ada menggunakan sambungan Bluetooth mahupun teknologi NFC yang hanya perlu menyentuh smartphone pada headphone ini sahaja.

▲ Bahagian kanan terletaknya butang laras volume, Play/Pause, Next/Previous, menjawab panggilan dan mikrofon.

 

▲ Bahagian kiri pula terletak mikrofon, 3.5mm audio jack, microUSB untuk mengecas, butang Power dan NC (Noise Cancelling).

 

▲ Sambungan NFC mudah sahaja, hanya perlu sentuh smartphone anda pada headphone ini sahaja.

 

▲ Ear-cup berkualiti tinggi memberi keselesaan yang berpanjangan kepada pengguna

 

▲ Rekaan kompak memudahkan ia dilipat dan disimpan apabila tidak digunakan

 

▲ Hadir dengan sebuah beg bagi memudahkan anda membawanya ke mana sahaja