HARGA: RM599

Wiko sentiasa melihat kepada penjualan dengan nilai yang terbaik pada harga yang mampu milik. Terbaru tambah satu peranti baru dari Siri-Y yang dikenali sebagai Wiko Harry, tampil dengan paparan sebesar 5.0 inci HD mampu memberikan tontonan hiburan yang lebih menyeronokkan. Kekuatan memori bersama RAM sebanyak 3GB dan storan 16GB ini menggunakan Android 7.0 Nougat terbaru dengan paparan antaramuka Wiko bersama-sama.

 

SPESIFIKASI RINGKAS…

  • Sistem Operasi: Android 7.0 Nougat (Wiko UI)
  • CPU: MediaTek MT6735, Quad-core 1.3GHz
  • Kad SIM: Dual SIM / Micro SIM
  • Kamera Utama: 13 Megapiksel
  • Flash: LED flash
  • Auto Fokus:
  • Kamera Depan: 5 Megapiksel + Display Flash
  • Bluetooth: v4.0
  • WiFi: 802.11 b/g/n
  • Memori: 16GB ROM, 3GB RAM
  • Bateri: 2500mAh

 

PAKEJ PEMBELIAN

  1. Kotak pembungkusan
  2. Peranti Wiko Harry
  3. Adapter pengecas
  4. Kabel USB
  5. Earphone
  6. Pelindung skrin
  7. Casing jernih
  8. Kad waranti & Buku manual
  9. Pilihan slot kad SIM

 

FIZIKAL

Pilihan Warna

Memandangkan smartphone ini memfokuskan kepada semua golongan, Wiko Harry menawarkan beberapa pilihan warna yang terdiri daripada Bleen, Anthracite dan juga Gold. Tetapi buat masa sekarang, hanya dua warna sahaja yang berada di pasaran malaysia iaitu Anthracite serta Gold.

 

Paparan Skrin

Jika inginkan smartphone yang selesa dipegang dan tidak terlalu besar, Wiko Harry boleh dipertimbangkan. Menampilkan paparan skrin 5.0 inci dengan teknologi HD IPS LCD serta kepadatan piksel mencapai 294ppi, ia juga hadir dengan rekaan melengkung 2.5D.

Lebih menarik, Wiko Harry telah mendapat sokongan 4G LTE berbanding siri-Y sebelum ini yang masih menggunakan sambungan 3.5G sahaja.

 

Kamera & Speaker

Panel belakang smartphone ini menempatkan lensa utama 13 Megapiksel dengan sokongan LED flash yang terletak di bawah lensa utama, manakala penggambaran selfie beresolusi 5 Megapiksel pula dilengkapi dengan Display Flash. Di bawah lensa turut tersedia sebuah speaker.

 

Slot Kad SIM & Bateri

Walaupun kerangka peranti ini diperbuat daripada logam, ianya tidak unibodi. Kepada pengguna yang mempunyai dua kad SIM, anda boleh menggunakan kedua-duanya tanpa perlu memilih sama ada ingin menggunakan kad SIM mahupun microSD. Lebih menarik, ketiga-tiga slot kad ini menyokong fungsi hot-swap.

 

APA YANG COOL?!

Android 7.0 Nougat (Wiko UI)

Istimewanya Harry ini, ia menyokong Android versi terkini 7.0 Nougat walaupun ditawarkan pada harga mampu milik. Selain menampilkan paparan antaramuka tersendiri Wiko yang lebih menarik dan mesra pengguna, peranti ini turut dibekalkan dengan memori RAM 3GB serta memori dalaman berkapasiti 16GB.

 

Penggambaran

Nampaknya sudah menjadi trend pengeluar smartphone hari ini, di mana penggambaran kelas pertengahan dilengkapi lensa utama 8 Megapiksel. Berlainan sekali dengan Wiko Harry di mana hadir dengan penggambaran utama 13 Megapiksel serta beberapa pilihan mod yang boleh dicuba.

Manakala untuk penggambaran swafoto pula, penggambaran 5 Megapiksel diserikan dengan mod FaceBeauty serta Wideselfie yang semakin popular hari ini.

 

Ketahanan Bateri

Tidak dinafikan, kapasiti bateri 2500mAh masih boleh dianggap kecil untuk sesebuah smartphone hari ini. Tetapi usah risau kerana peranti ini menyokong mod penjimatan bateri Intelligent Power Saving.

Aplikasi ini berupaya mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan dan sekali gus mampu menjimatkan bateri smartphone anda.

 

Smart Gesture

Gesture Unlock adalah cara yang paling cepat dan pantas untuk anda membuka menu. Di mana hanya perlu melukis huruf yang mewakili menu tersebut seperti ‘M’ untuk ‘Muzik’ dan ia secara automatik akan membuka menu yang diinginkan.

Selain itu, jika tidak suka dengan menu tersebut, anda juga boleh menambah menu lain dengan menekan ikon ‘+’.

 

 

HASIL GAMBAR

Outdoor
Makro

 

KOMEN EDITOR

Wiko Harry merupakan salah satu smartphone kelas rendah terbaik yang terdapat di pasaran hari ini. Menampilkan rekaan logam yang kelihatan agak klasik, ia turut mendapat sokongan 4G LTE berbanding siri-Y yang lain yang masih menggunakan sambungan 3.5G sahaja. Tidak cukup dengan itu, Wiko Harry turut dioperasikan oleh Android terkini, 7.0 Nougat dengan paparan antaramuka dari Wiko yang lancar dan mesra pengguna walaupun ianya sebuah smartphone bajet.

Lebih istimewa, dengan harga hanya RM 599, anda mampu mendapatkan smartphone dengan lensa utama 13 Megapiksel, Phone Assist, Smart Gesture, Smart Action serta memori dalaman 16GB bersama 3GB RAM. Walaupun menyediakan bateri berkapasiti 2500mAh sahaja, Wiko Harry telah dilengkapi dengan teknologi Intelligent Power Saving yang akan mematikan semua aplikasi yang tidak digunakan sekali gus mampu menjimatkan bateri smartphone anda. Namun begitu, smartphone ini tidak menyokong lapisan oleophobic yang tidak mudah meninggalkan kesan cap jari.