Samsung dilihat begitu gigih selepas kekecewaan yang dihadapi mereka tahun lepas, bangkitnya dari kegagalan siri Note, terbaru Samsung Galaxy S8 dan S8+ dicipta dengan penuh inovasi. Sekali pandang boleh membuatkan hati tertarik malah keinginan untuk membelinya membuak-buak.

Infinity Display bersaiz 6.2 inci Super AMOLED 2K yang dibawakan oleh Samsung ke dalam Galaxy S8+ ini sangat menarik sekali kerana nisbah skrin ke kerangka mencecah 84%. Dari segi ketahanan pula, Corning Gorilla Glass generasi ke-5 diletakkan di panel depan dan juga belakang malah, fungsi kalis air dan debu IP68 tidak dilupakan.

Isi dalaman pula dilengkapi dengan cip pemproses Exynos 8895 lapan teras bersama cip grafik Mali-G71 MP20 berserta sistem Android 7.0 Nougat. Memori dalaman mendapat RAM sebanyak 4GB dan storan 64GB yang menyokong slot hibrid (SIM 2 / microSD sehingga 256GB). Sambungan rangkaian LTE jenis CAT 16 menjangkau 4.5G dengan kelajuan maksimum melebihi 1 Gbps.

 

Mari Kita Lihat Spesifikasi Selebihnya Di Bawah…
  • OS: Android 7.0 Nougat / Samsung Experience 8.1
  • CPU: Exynos 8895 lapan teras (4x 2.3 Ghz, 4x 1.7Ghz)
  • GPU: Mali-G71 MP20
  • Memori: RAM 4GB / Storan 64GB (microSD sehingga 256GB)
  • Kamera Belakang: 12MP, f/1.7 aperture, PDAF, OIS, LED Flash
  • Kamera Depan: 8MP, f/1.7 apertur, Auto Focus, Dual Video Call, Auto HDR
  • Paparan: 6.2″ Super AMOLED 1440 x 2960 (~529ppi), Corning Gorilla Glass 5, Always On Display
  • Sambungan: LTE / Bluetooth 5.0 / NFC / USB Type-C 3.1
  • Bateri: Li-Ion 3500mAh menyokong Fast Charging 3.0
  • Dimensi: 159.5 x 73.4 x 8.1mm
  • Berat: 173g
  • Warna: Orchid Gray, Midnight Black, Maple Gold

 

SET LENGKAP PEMBELIAN

  1. Kotak pembungkusan
  2. Samsung Galaxy S8+
  3. Manual dan pin ejektor
  4. Adapter 5A
  5. USB Connector
  6. Micro USB Connector
  7. Fon Telinga AKG
  8. Kabel USB Type-C
  9. Eartips

 

Sambungan USB

USB connector mampu membaca data fail daripada thumbdrive yang dicucuk, manakala Micro USB Connector hanya mampu membuat proses pengecasan sahaja.

 

FIZIKAL

▲ Bahagian kiri terdapat butang volume serta butang Bixby

▲ Bahagian kanan hanya terdapat butang Power / Lock

▲ Bahagian atas terdapat slot hibrid SIM (Nano SIM / Nano SIM + microSD)

▲ Bahagian bawah terdapat 3.5mm audio jack, USB Type-C dan Speaker

 

CIRI-CIRI MENARIK

1. Bixby

Fungsi utama yang terdapat di dalam Galaxy S8+ lebih dikenali sebagai Bixby, iaitu sebuah sistem pembantu maya yang membantu dan mengecam apa yang dirakam. Menurut Samsung, Bixby mampu melakukan tugasan yang meluas, memahami konteks perbualan dan juga memahami frasa atau arahan yang tidak lengkap.

Baca juga: [Tutorial] Ubah Fungsi Butang Bixby Pada Samsung Galaxy S8 Anda!

Apakah Yang Terdapat Pada Bixby?
Butang Khas Bixby terletak di bahagian tepi kiri

Dengan sekali tekan anda akan terus dibawa ke Bixby, ini memudahkan anda tanpa perlu menyelongkar AppsDraw.

 

Pengganti S-Voice

Terdapat pelbagai kandungan yang boleh dilihat seperti Gallery, My Schedule, Upcoming Reminders, Today Activity (Samsung Health), Most Visited Webpage, News, Business, Sports, Samsung Themes dan Location.

 

Pencarian Konteks dan juga Visual

Pengguna dapat meminta Bixby untuk mencari informasi berdasarkan gambar yang diambil di dalam tiga kategori iaitu Images (apa-apa gambar), Places (patung monumen sejarah) dan Wine (maklumat tentang minuman beralkohol).

Baca juga: Samsung Bixby Kini Dilancarkan Secara Global

 

2. Sistem Audio

Di dalam setiap kotak pembelian Samsung S8 atau S8+, tersedia sepasang set fon telinga dari jenama AKG. Jenama ini terkenal dengan kualiti bunyi yang dihasilkan malah sebaris jenama premium seperti Harmon Kardon, Bose, Sennheiser, Shure, Beats dan lain-lain lagi.


 

3. Speaker

Pada alat pembesar suara pula, Galaxy S8 dan S8+ hanya menawarkan satu speaker sahaja tetapi kali ini kualiti telah dinaik taraf. Bunyi yang dihasilkan lebih jelas dan berkualiti.

Walaupun dilengkapi satu speaker, Galaxy S8+ ini menyediakan fungsi Dual Audio di mana pengguna boleh membuat sambungan di dua buah alat Speaker Bluetooth.

 

4. Bateri
• (Kiri) Bateri mula dicas dari 0%  • (Kanan) Bateri penuh sehingga 100% dalam masa 1 jam 30 minit

Dengan memiliki paparan yang besar, Samsung Galaxy S8+ ini dimuatkan dengan bateri berkapasiti 3500mAh jenis Li-Ion yang mampu bertahan selama 15 jam (4G), 18 jam (video playback), 24 jam (masa berbual), tetapi jika bermain game pengguna hanya mendapat cuma 2 hingga ke 3 jam sahaja.

 

5. Sistem Keselamatan

Sistem keselamatan menjadi aspek penting dalam pemilihan peranti, jadi Samsung telah menyediakan 6 jenis keselamatan yang boleh diguna pakai.

Fungsi Keselamatan Utama

  • Pengecaman Muka – Akses lebih mudah dan pantas dengan menggunakan rupa bentuk muka si pengguna, baik digunakan di bawah cahaya terang.

  • Pengimbas Mata – Akses ini tidak sepantas Pengecaman Muka tetapi lebih berkesan jika digunakan dalam keadaan gelap.

 

Fungsi Keselamatan Kedua

  • Pengimbas Cap Jari – Cepat dan tepat tetapi agak jauh untuk dicapai jika pengguna seorang yang memiliki jari yang pendek.
  • PIN, paten, kata laluan – Ketiga-tiga ini boleh dijadikan akses kedua jika Pengecaman Muka atau Pengimbas Mata tidak berkesan.

 

6. Prestasi

Ujian yang dilakukan di aplikasi Geekbench mendapati Multi Core di Galaxy S8+ lebih tinggi berbanding iPhone 7 Plus sebaliknya lebih rendah di Single Core.

 

TIP MENARIK

Kualiti Suara Dan Efek

Pengguna bebas menetapkan bagaimana bunyi yang ingin dihasilkan dengan fungsi Sound Quality And Effects. Anda hanya perlu membuat larasan pada tombol digital tersebut.

Pengasingan Suara Aplikasi

Selain itu, fungsi Separate App Sound pula membolehkan pengguna memainkan suara dari satu aplikasi di speaker atau fon kepala berasingan daripada media bunyi dari aplikasi lain.

 

Mengubah Kualiti Video

Video Enhancer merupakan fungsi yang akan mengubah keterangan paparan dan kualiti tayangan.

Pilihan Aplikasi Yang Ingin Ditayang Secara Skrin Penuh

Full Screen Apps membolehkan anda memilih aplikasi yang mana untuk ditayang secara skrin penuh.

 

Tapisan Blue Light

Blue Light Filter akan menapis sinaran biru yang dikeluarkan oleh paparan skrin. Fungsi ini sesuai digunakan pada bilik tidur.

Tetapan Shortcut Pada Aplikasi

Pada setiap aplikasi anda boleh menekan lama untuk mendapatkan pilihan tetapan.

Device Maintenance

Fungsi ini pula membolehkan pengguna mengoptimumkan operasi seperti meletakkan di dalam mod jimat kuasa, mod prestasi (game, entertainment, high performance), storan, RAM dan juga keselamatan.

KAMERA

Kamera Utama 12MP, aperture f/1.7, 26mm, PDAF, OIS, LED flash
Ciri-ciri 1/2.5″ sensor size, 1.4 µm pixel size, geo-tagging, simultaneous 4K video dan 9MP image recording, touch focus, face/smile detection, Auto HDR, panorama
Video 2160p@30fps, 1080p@60fps, HDR, dual-video rec
Kamera Depan 8MP, aperture f/1.7, AF, 1440p@30fps, dual video call, Auto HDR

 

Mod Penggambaran

Samsung Galaxy S8+ menggunakan kamera utama beresolusi 12 Megapiksel dengan aperture f/1.7 dan LED flash mampu merakam gambar di cahaya yang malap. Dengan sokongan PDAF dan juga OIS membantu anda menghasilkan gambar dengan lebih stabil dan jelas. Selain itu, rakaman video juga menyokong sehingga kualiti 4K dan Auto HDR. Kamera utama pula terdiri daripada mod auto, pro, panorama, selective focus, food dan lain-lain.

Sensor yang digunakan di kamera depan pula hadir dengan 8 Megapiksel aperture f/1.7 serta Auto focus yang lebih mudah untuk berswafoto. Jika ingin berswafoto beramai-ramai, anda boleh memilih mod wide selfie supaya rakan-rakan anda tidak ketinggalan untuk merakam kenangan bersama.

 

Rakaman Video

Rakaman video di kamera depan boleh menggunakan kualiti yang rendah iaitu daripada VGA sehingga kualiti 2K, manakala di kamera belakang pula kualiti disokong sehingga 4K.

 

Gesture

Samsung telah memasukkan beberapa gesture yang boleh digunakan di dalam kamera Samsung Galaxy S8+ bagi memudahkan pengguna untuk mengambil gambar dalam pelbagai cara.

 

TIPS! Motion Photo

Samsung Galaxy S8+ ini menyediakan mod Motion Photo di mana ia akan merakam video singkat sebelum dan selepas gambar yang diambil ala-ala Live Photo di iPhone. Tambahan pula, pengguna dapat menggunakan pelbagai efek khas yang disediakan di dalam mod kamera ini seperti gambar contoh di bawah…

Hasil gambar: Efek

 

HASIL GAMBAR

Food
Indoor
Indoor
Makro
Malam
Mod Beauty
Mod Wide Selfie
Outdoor
Panorama
Selective Focus (Belakang)
Selective Focus (Depan)
Zum – normal
Zum – sehingga 2x

 

 

Pro Kontra
Paparan Infinity Display yang tiada tolok bandingnya Paparan sukar dicapai menggunakan satu tangan
Fon telinga jenama AKG berkualiti tinggi Speaker tiada bunyi bass, agak kurang memuaskan
Penggambaran yang tidak kurang hebatnya Butang bixby tidak boleh diubah kepada aplikasi lain
Cipset yang berprestasi tinggi Kuasa bateri yang tidak cukup dengan hanya berkapasiti 3500mAh

 

Komen eRing…

Kami sungguh terpegun dengan paparan skrin yang dihasilkan pada Samsung Galaxy S8+ ini, walaupun saiz skrin yang besar tetapi kerangka badan telefon pintar ini kelihatan kecil. Kami diberitahu bahawa paparan yang digunakan di Galaxy S8 dan S8+ adalah yang pertama di dunia menggunakan fungsi HDR, memang awesome! Akses ke kamera dengan dua kali tekan pada butang kunci bersama gesture mampu dilakukan dengan sebelah tangan sahaja. Namun, perlu diingatkan penggunaan peranti ini perlu menggunakan kedua-dua belah tangan bagi mengelakkan daripada terjatuh kerana kos membaikpulih paparan mencecah ribuan ringgit.